Skandal Muhyiddin “curi” tanah milik Stamford, Siapa dalang sebenarnya?

Muhyiddin dikatakan siap ugut Pengarah Stamford

Oleh Norzahira

SEBENARNYA Muhyiddin Yassin terlibat dalam banyak skandal namun beliau sentiasa terlepas dari hukuman. Adakah kali ini Muhyiddin akan menerima kifarah atas segala salahlaku beliau?

Kini viral skandal “curi” tanah Stamford Holdings Sdn Bhd yang melibatkan Muhyiddin. Memetik sumber, kontroversi pertama membabitkan Muhyiddin dalam tempoh sembilan tahun sebagai menteri besar Johor (1986-1995) apabila Stamford dilaporkan memohon kepada kerajaan negeri pada 1984 untuk mendapatkan kebenaran membangunkan sebidang tanah milik syarikat itu.

Bagaimanapun, kerajaan negeri yang diketuai oleh Muhyiddin hanya mengambil perhatian terhadap permohonan itu pada 1988, apabila syarikat itu mendakwa pengarahnya bertemu ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dan Yahaya Talib, yang kononnya memperkenalkan diri mereka sebagai rakan perniagaan dan rakan menteri besar ketika itu.

Pelbagai laporan media menekankan bahawa Syed Mokhtar dan Yahaya mewujudkan syarikat usaha sama (JV) untuk membangunkan tanah seluas 714.7 hektar menjelang akhir 1989.

Berikutan penubuhan itu, firma pimpinan Syed Mokhtar itu mengambil bahagian 30%, dengan selebihnya dipegang oleh Stamford, selepas kedua-dua pihak menandatangani perjanjian JV.

Berdasarkan perjanjian itu, JV memohon semula kebenaran untuk membangunkan tanah itu, dan memperoleh kelulusan segera, menurut pemfailan mahkamah Stamford.

Usaha awal itu berkembang pesat apabila tanah itu berjaya dibangunkan. Bagaimanapun, pada 1992, Stamford mendakwa Syed Mohtar, Yahaya dan Muhyiddin menghubungi pengarahnya untuk membangunkan baki 2,638.5ha.

Berbeza dengan perjanjian pertama, Syed Mokhtar, Yahaya dan Muhyiddin menetapkan terma baharu memberi diri mereka 70% daripada JV, yang ditolak oleh Stamford.

Susulan keengganan itu, Stamford mendakwa ia menerima ugutan, salah satunya Muhyiddin didakwa memanggil pengarahnya, berkata kertas pengambilan tanah oleh kerajaan ada di atas mejanya, sedia untuk ditandatangani, sekiranya gagal mematuhinya.

Amaran itu didakwa diulangi oleh pihak yang berkepentingan juga.
Di sebalik ancaman yang didakwa, Stamford tetap bertegas, terus menolak syarat baharu. Menjelang Julai 1994, kerajaan Johor telah memperoleh tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Johor.

Selepas itu, Stamford menyaman kerajaan negeri, serta Syed Mokhtar, Yahaya dan Muhyiddin, mendakwa mereka bersubahat untuk memperoleh tanahnya secara tidak sah.

Stamford memenangi pusingan pertama saman sivil sebelum Mahkamah Tinggi Johor Baru membatalkannya pada 1995, dengan menyatakan bahawa syarikat itu tidak mempunyai alasan tindakan yang munasabah terhadap defendan.

Ia kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan. Butiran kes itu diterbitkan sekitar masa yang sama dalam Asiaweek, yang laporannya menunjukkan ancaman Muhyiddin kepada pengarah Stamford. Penerbitan itu juga mendakwa memiliki rakaman panggilan telefon.

Walaupun secara terbuka menafikan laporan itu, Muhyiddin tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Asiaweek.

Mahkamah Rayuan pada 1997 menolak keputusan Mahkamah Tinggi Johor Baru, membenarkan saman sivil diteruskan, tertakluk kepada rayuan oleh pihak pembelaan.

Memandangkan kes itu sampai ke Mahkamah Persekutuan menjelang 1998, semua pihak bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian di luar mahkamah, dengan jumlah akhir RM400 juta dipersetujui sebagai pampasan kepada Stamford.

Muhyiddin telah berulang kali menafikan penglibatannya dalam skandal itu, dan tiada siasatan lanjut dilakukan terhadapnya mengenai isu tersebut.

Kini Muhyiddin berdepan dengan enam pertuduhan, membabitkan empat kerana menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Bagi pertuduhan pertama, Muhyiddin didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan, iaitu wang berjumlah RM200,000,000 dari Bukhary Equity Sdn Bhd bagi milik parti, BERSATU.

Beliau turut didakwa menggunakan kedudukannya untuk satu suapan, iaitu wang berjumlah RM1,000,000 daripada syarikat Nepturis Sdn Bhd bagi milik partinya, BERSATU.

Bagi pertuduhan ketiga, beliau juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk satu suapan, iaitu wang berjumlah RM19,500,000 daripada syarikat Mamfor Sdn Bhd bagi milik partinya.

Pertuduhan keempat pula, tertuduh didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan, iaitu wang berjumlah RM12,000,000 bagi milik partinya daripada Azman Yusoff.

Muhyiddin juga didakwa sebagai Presiden BERSATU menerima RM120 juta dan RM75 juta daripada sebuah syarikat yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik BERSATU.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker