Guan Eng nafi batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary

Guan Eng nafi batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary

Lim Guan Eng menafikan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin yang menuduhnya membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary semasa menjadi menteri kewangan

Pengerusi DAP itu berkata dia mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhyiddin jika Muhyiddin gagal memberikan bukti dakwaannya.

“Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak mengeluarkan sebarang arahan spesifik membatalkan pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan BN kepada Yayasan Albukhary yang dinaungi oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary.

“Bolehkah Muhyiddin tunjuk surat di mana saya keluarkan arahan sebagai Menteri Kewangan untuk membatalkan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary?

“Sekiranya beliau gagal buat demikian, saya akan mendapatkan nasihat undang-undang terhadap pembohongan Muhyiddin yang berniat jahat ke atas saya, memandangkan ia juga membabitkan tuduhan rasuah yang akan dibicarakan di mahkamah kelak,” kata Lim dalam satu kenyataan malam tadi.

Muhyiddin dipanggil ke SPRM semalam untuk direkodkan kenyataannya, dan antara isu yang dibangkitkan oleh agensi antirasuah itu ialah rayuan terhadap pembatalan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Dia memberitahu pemberita selepas disoal siasat bahawa dia akan didakwa atas tuduhan salah guna kuasa kerana memberikan semula pengecualian cukai yang diberikan kepada yayasan itu oleh kerajaan BN.

Pada masa itu, dia berkata pengecualian cukai itu dibatalkan oleh menteri kewangan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Muhyiddin berkata apabila dia menjadi perdana menteri selepas kerajaan PH jatuh, Syed Mokhtar merayu kepadanya untuk menarik balik pembatalan itu.

Selain itu, presiden Bersatu itu turut disoal siasat SPRM mengenai program Jana Wibawa.

Program Jana Wibawa adalah projek rangsangan oleh pentadbiran Muhyiddin ketika itu sebagai sebahagian daripada usaha bantuan wabak Covid-19.

Beberapa pemimpin Bersatu lain juga telah didakwa berhubung projek Jana Wibawa sejak pertengahan Februari, termasuk bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad. Mk

Guan Eng nafi batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker