Mana ustaz-ustaz ini pergi – Teresa
Mana ustaz-ustaz ini pergi – Teresa
Sidang Dewan Rakyat petang ini terhenti seketika apabila jumlah Ahli Parlimen yang berada di dalam dewan tidak mencukupi korum yang ditetapkan.
Perkara itu berlaku ketika Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick sedang menggulung perbahasan Belanjawan 2023 bagi kementeriannya.
Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) bangun mencelah dengan membacakan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 13(1) berhubung cukup bilang bagi (korum) Majlis Mesyuarat.
Mengikut peraturan itu, persidangan Dewan Rakyat perlu dihadiri sekurang-kurangnya 26 Ahli Parlimen, tidak termasuk Pengerusi (Yang Dipertua).
Bagaimanapun, Teresa Kok (PH-Seputeh) kemudian mencelah, korum tidak cukup berikutan kerusi Ahli Parlimen pembangkang kosong.
“Yang bangkit isu korum itu, geng dia tidak ada, mana ustaz-ustaz pergi,” katanya.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor kemudian meminta melakukan kiraan sebelum loceng dibunyikan bagi memanggil Ahli Parlimen masuk ke dalam dewan.
“Saya akan ikut peraturan untuk kira, minimum 26 (orang), kalau tak cukup saya akan tekan loceng dua minit.
“Kalau tak cukup juga, saya akan keluar,” katanya.
Teresa kemudian bangkit ketika perkiraan sedang dilakukan setiausaha Dewan Rakyat.
“Mereka ini nama mahu masuk berita, ini ustaz -ustaz tidak bertanggungjawab,” katanya.
Ramli kemudian dimaklumkan Ahli Parlimen cukup 26 orang dan sidang diteruskan seperti biasa.
Difahamkan, kebanyakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional berada di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sokongan selepas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang diambil keterangan oleh SPRM Putrajaya hari ini.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dilihat tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pada 11.18 pagi, bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). HM
Mana ustaz-ustaz ini pergi – Teresa
Baca Artikel Menarik:
- Adakah Muhyiddin akan cakap serupa bikin, meletakkan jawatan jika didakwa?
- Muhyiddin didakwa esok – Sumber SPRM
- Jika setiap kes bermotif politik maknanya semua kes rasuah besar kita lepas? – Anwar
- Muhyiddin dilarang ke luar negara
- Nadia Brian Ditengking Influencer (Video)
- Hishammuddin boleh cadang pinda akta kuasa Menteri Dalam Negeri di Parlimen
- Zahid ingatkan menang pemilihan dalam UMNO, belum tentu jadi calon PRN
- Bakar kereta sendiri kerana marah gagal hidupkan enjin
- Ini punca mengapa Isteri Lee Chong Wei menangis teresak-esak [VIDEO]
- Bekas Ketua Polis Negara ciap ‘5 ciri isteri derhaka’ di Twitter
- ‘Rider’ tinggal motosikal selamat budak hampir dilanggar [VIDEO]
- Rasa menyesal bakar isteri, suami akhirnya menangis
- Boleh belanja puluh juta, tapi padang RM900,000 tak boleh buat – TMJ
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu