Wanita UMNO perlu dipimpin MP kalau tak mahu jadi NGO – Rosni

Wanita UMNO perlu dipimpin MP kalau tak mahu jadi NGO – Rosni

Pergerakan Wanita UMNO Malaysia perlu dipimpin oleh individu yang bertaraf ahli Parlimen kerana jika tidak, ia hanya akan menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sahaja.

Pandangan itu dilontarkan Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari kerana berpendapat, banyak isu yang membelengu kaum Hawa perlu dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan diselesaikan selain membantu mendepani pelbagai masalah yang belum selesai.

Katanya, meskipun penyandang sayap parti itu itu, Datuk Seri Noraini Ahmad bukan menteri namun sekurang- kurangnya beliau seorang ahli Parlimen yang akan terus menyuarakan permasalahan wanita di Dewan Rakyat.

Menurut Rosni, mungkin ramai yang tidak mengetahui Noraini adalah wanita pintar yang memperoleh dua PhD (doktor falsafah) daripada UUM (2016), UKM (2021), MBA tahun 2004 dan beliau juga lulusan Saskatchewan University, Kanada tahun 1991 dalam Perdagangan Analisa Kuantitatif Kewangan.

“Saya sangat mengagumi wanita yang bernama Noraini kerana beliau seorang yang baik, tak banyak cakap dan sentiasa menolong sesiapa juga yang memohon pertolongan beliau. Seorang yang sangat simple dengan hala tuju perjuangan yang sangat jelas untuk wanita,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Rosni berkata, beliau dan Noraini mempunyai aspirasi tunjang yang sama untuk Wanita UMNO Khasnya dan Wanita Malaysia amnya.

Tambahnya, naratif perjuangan mereka amat jelas bagi mempromosi nilai inklusif, kesaksamaan gender, moderate dengan memperkukuhkan rumpun bangsa serta perjuangan berasaskan kaum, pragmatik, dinamik dan terus relevan.

Pandangan Rosni sekaligus menjawab persoalan Noraini dikatakan tidak layak oleh sesetengah pihak untuk kembali menerajui Wanita UMNO.

Pada pemilihan kali ini, ramai menumpukan persaingan antara Noraini dengan salah seorang bekas pimpinan Wanita UMNO, Tan Sri Sharizat Jalil. MG

Wanita UMNO perlu dipimpin MP kalau tak mahu jadi NGO – Rosni

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker