Musa Hassan bagi tips buat para isteri

Musa Hassan bagi tips buat para isteri

Selepas terpalit dengan kontroversi klip video yang memaparkan seorang lelaki miripnya bergaduh dengan seorang wanita, bekas ketua polis negara (IGP) Musa Hassan berkongsi pesanan buat para isteri.

Dalam ciapan di Twitter, dia berkongsikan enam tabiat yang tidak patut diamalkan oleh isteri.

“Jangan menghina dan mengumpat suami di depan orang lain, jangan meninggikan suara dan mengherdik suami dan jangan keluar tanpa izin suami.

“Jangan mendoakan kecelakaan buat suami, jangan membenci kegemaran suami dan jangan menjadi tekanan kepada suami,” ciapnya awal pagi tadi.

Isteri Jangan Amalkan Tabiat ini:

1: Jangan menghina dan mengumpat suami di depan orang lain.
2: Jangan meninggi suara dan mengherdik suami.
3: Jangan keluar rumah sesuka hati tanpa izin suami.
4: Jangan mendoakan kecelakaan buat suami
5: Jangan membenci

— Musa Hassan (@TSMusaHassan) March 7, 2023
Semalam Musa menggesa orang ramai untuk menghormati privasinya susulan tersebar klip video memaparkan seorang lelaki yang seakan Musa berbalah dengan seorang wanita.

“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur.

“Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” kata Musa pada ciapannya di Twitter.

Sementara itu Musa turut menegaskan bahawa isteri yang mendehaka pada suami akan ditempatkan di neraka jahanam.

Selain itu dalam ciapan berasingan dia turut menggariskan lima ciri-ciri isteri derhaka kepada suami.

“Tidak mensyukuri kebaikan dilakukan suami, suka menyakiti hati suami, melayani lelaki lain tanpa pengetahuan suami, keluar rumah tanpa izin suami dan meminta cerai dari suami,” ciapnya. Mk

Musa Hassan bagi tips buat para isteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker