Malaysia hantar Smart bantu SAR gempa bumi Turkiye

Malaysia hantar Smart bantu SAR gempa bumi Turkiye

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dihantar membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Armizan Mohd Ali, berkata 75 anggota Smart digerakkan ke Turkiye malam ini menerusi penerbangan Turkish Airlines dengan membawa bersama peralatan akan digunakan di dalam operasi itu.



“Proses penghantaran pasukan Smart dibuat setelah mendapat persetujuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan menerima pengesahan keperluan bantuan daripada kerajaan Turkiye,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pasukan Smart menerima pengiktirafan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada 2016 yang membolehkan ia dihantar untuk menyertai misi bencana di luar negara.

Gempa bumi kuat melanda wilayah selatan Turkiye Kahramanmaras, dan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang berlaku pada 4.17 pagi waktu tempatan itu berpusat di daerah Pazarcik.

Setakat ini Kementerian Luar (Wisma Putra) melaporkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi berkenaan. FMT



Malaysia hantar Smart bantu SAR gempa bumi Turkiye

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi



Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker