Saya cuma mahu kurangkan risiko jangkitan, kenapa kecam saya – Najib

Datuk Seri Najib Razak berkata, cadangannya supaya kerajaan menaikkan semula tempoh kuarantin bagi pelawat asing tidak akan memberi impak besar ekonomi Malaysia.

Ini kerana, pelawat asing akan menanggung kos kuarantin dan bukannya kerajaan.

Oleh itu, beliau mempersoalkan apakah halangan kerajaan untuk melakukannya.

Jelasnya, saranan tersebut dikemukakan kerana mahu negara mengurangkan risiko virus mutasi Covid-19 yang menular di United Kingdom merebak ke Malaysia dan mencetuskan gelombang keempat memandangkan jumlah kes baharu setiap hari mencecah 2,000 kes.

Katanya, ramai sudah lupa bahawa beliau antara orang pertama yang kecam Kerajaan Pakatan Harapan sebab tidak menyekat kemasukan pelancong China pada bulan Januari lalu.

”Saya juga orang yang suruh kerajaan tarik balik keputusan untuk membenarkan pelawat asing kuarantin di rumah dan bukan lagi di pusat kuarantin dikawal kerajaan pada bulan Julai lalu.

”Yang follow FB saya tahu bahawa saya buat banyak posting masa itu (serta berbahas di Parlimen) untuk tarik balik keputusan kuarantin rumah itu kerana saya bimbang ianya akan cetuskan gelombang baru Covid pada ketika kita tidak ada penularan tempatan.

”Malangnya, kebimbangan saya terbukti benar apabila kerajaan terlalu lambat untuk tarik balik keputusan tersebut,” katanya yang mendakwa ada pihak yang mengecam beliau apabila mahu kerajaan mengenakan kuarantin 14 hari semula.

Ujar Najib lagi, Kluster Sivagangga yang berpunca daripada seorang yang langgar kuarantin rumah setelah pulang dari India, menyebabkan gelombang baru dan menyebabkan lebih 10,000 kes dan kematian berpuluh orang.

”Akibatnya, gelombang baru Covid-19 yang lebih besar tercetus.

”Jadi, sebab apa nak kecam saya jika saya cuma mahu kerajaan mengurangkan risiko pada ekonomi dan keselamatan rakyat Malaysia?,” soalnya. MG

Noor Hisham jawab Najib, Kuarantin 10 atau 14 hari tak banyak beza

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker