Kumpulan mahasiswa khuatir parti politik di kampus cetus indoktrinasi

Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya berkata, kehadiran parti politik menerusi cawangan di universiti akan menjejaskan gerakan mahasiswa.

Kumpulan mahasiswa khuatir parti politik di kampus cetus indoktrinasi

Langkah membenarkan parti politik menubuhkan cawangan di universiti boleh membawa kepada indoktrinasi pelajar oleh parti-parti ini, kata sebuah kumpulan mahasiswa.

Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya berkata, parti politik tidak seharusnya dibenarkan bertapak di universiti kerana mereka tidak patut masuk campur hal ehwal mahasiswa “atas alasan penyuburan demokrasi”.



Tambahnya, langkah sedemikian juga akan merosakkan demokrasi apabila melibatkan pilihan raya kampus.

“(Ia akan) melemahkan parti yg tidak didanai oleh parti politik nasional sekaligus menghilangkan pengaruh gerakan mahasiswa,” katanya dalam kenyataan.

Kesatuan mahasiswa juga akan menjadi lemah apabila mengikut telunjuk parti politik, tambahnya.

Menurut kumpulan tersebut, parti politik di kampus akan menjadi gelanggang perlawanan antara cawangan parti nasional dan memberi ruang campur tangan politik di kampus.



Mereka berkata demikian sebagai respons kepada cadangan membenarkan parti politik menubuhkan cawangan di universiti awam, sesuatu yang sedang dipertimbangkan kerajaan.

Kumpulan itu turut mempersoalkan sama ada perkara ini menjadi punca Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, yang menyekat autonomi universiti dan kebebasan bersuara pelajar.

Minggu lepas, Menteri Pendidikan Tinggi Khaled Nordin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak menolak kemungkinan membenarkan parti politik menubuhkan cawangan di universiti.

Beliau menjawab soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Mersing Islahuddin Abas, iaitu berhubung sama ada sebarang pindaan akan dibuat pada Auku bagi membolehkan parti politik menubuhkan cawangan di universiti. FMT



Kumpulan mahasiswa khuatir parti politik di kampus cetus indoktrinasi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama



Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker