“Kenapa Mahathir tak boleh fikir?”
“Tempat pergantungan tidak kemas, sedangkan ada dahan-dahan (parti) lain yang lebih hebat… Kenapa dia (Dr. Mahathir) tak boleh fikir?,”
Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menganggap bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad memilih tempat bergantung yang reput apabila menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).
Beliau berkata, pilihan bekas Perdana Menteri itu tidak tepat kerana masih terdapat parti lain yang lebih kukuh dalam memperjuangkan kepentingan Melayu, agama Islam, raja-raja dan Perlembagaan
“Saya rasa tak berapa tepat (Dr. Mahathir sertai Putra), kerana bukan dasar parti itu tak elok, tapi dahannya dah reput.
“Tempat pergantungan tidak kemas, sedangkan ada dahan-dahan (parti) lain yang lebih hebat… Kenapa dia (Dr. Mahathir) tak boleh fikir?,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Taujihat Pimpinan Sempena Hari As-Sabiqun di Rusila di sini, malam tadi.
Pada 1 Februari lalu, Dr. Mahathir menyertai Putra dan dilantik sebagai penasihat Putra itu.
Dr. Mahathir menyifatkan penyertaannya dalam Putra kerana beliau memerlukan sebuah platform untuk terus memperjuangkan kaum Melayu.
Sebelum itu, pada 10 Februari lalu, beliau bersama 12 ahli lain mengumumkan keluar daripada Pejuang yang diasaskannya berikutan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).
Bagaimanapun, Hashim memberitahu, Dr. Mahathir tidak pernah menyatakan hasrat untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).
Menurutnya, PN sentiasa terbuka untuk menerima penyertaan daripada bekas ahli dan pemimpin parti-parti lain.
“Kita terbuka sampai sekarang, tok guru Haji Hadi (Presiden Pas, Tan Sri Hadi Awang) pun ulang benda sama. Kalau Tun nak sertai PN kita boleh runding,” katanya.
ika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Biar Hadi terus merancang dan mengigau – Anwar
- Nurul Shuhada kena 10 jahitan selepas tiga kali ditumbuk Hafidz Roshdi
- Anwar heret Awang ke mahkamah
- Permulaan baik untuk banyak perkara – Shafee
- Mahathir mungkin presiden baru Putra
- Terima kasih Hafidz untuk cacat kekal pada wajahku – Nurul
- Lelaki minum ‘beer, stout’ sambil baca Bismillah?
- Dividen KWSP dijangka hanya 5.5 peratus
- Najib, Arul Kanda bebas tuduhan pinda laporan audit 1MDB
- Kriteria lelaki idaman Intan Serah
- Senarai penuh calon MKT UMNO yang bertanding pada pemilihan kali ini
- Ada pihak mahu kuburkan Umno Sabah – Bung
- Tidak layak! Tiga pencalonan Ketua Pemuda UMNO ditolak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama