Bukan semua B40 ditanggung dapat lesen percuma – Loke

Bukan semua B40 ditanggung dapat lesen percuma – Loke

Kementerian Pengangkutan menjelaskan, kerajaan tidak dapat menanggung semua golongan B40 yang mahu mendapatkan lesen motosikal Kelas B2 dan lesen teksi, bas serta e-hailing, seperti diumumkan dalam Belanjawan 2023.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menjelaskan, hanya individu daripada kategori itu yang berdepan kesulitan dari segi kewangan sahaja akan dipertimbangkan untuk menerima manfaat program berkenaan.



Bagaimanapun, katanya, mekanisme dan syarat itu akan diperincikan terlebih dahulu sebelum pengumuman dibuat.

“Yang pertamanya, bukan kita dapat tanggung untuk semua… sudah tentu kita tidak dapat tanggung semua. Yang dimaksudkan ialah mungkin kita ada program, inisiatif di mana kita memberikan bantuan untuk mengambil lesen ini kepada golongan B40 dan juga untuk pemandu yang ingin mendapatkan PSV (Lesen Vokasional Kenderaan) dan GDL (Lesen Perdagangan).

“Itu yang sedang kita akan bangunkan dari segi mekanismenya dan akan diumumkan bagaimana untuk memohon dan sebagainya.

“Ada peruntukan lebih RM4 juta untuk kita menampung perbelanjaan untuk membantu khususnya golongan B40 tetapi sudah tentunya bermaksud tidak semua orang yang mengambil lesen memandu akan dapat ditampung oleh kerajaan. Itu tak dapat kita buat.



“Yang paling penting ialah sudah tentu golongan sasar kita ialah golongan B40 di mana ada kekangan kewangan. Kita akan cuba perincikan bayaran bantuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika diwawancara dalam program Ruang Bicara bertajuk Belanjawan 2023: Manfaat Sektor Pengangkutan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran BernamaTV malam ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan menerusi program MyPSV bersetuju menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing bagi membantu kumpulan B40, khususnya dalam kalangan belia. HM

Bukan semua B40 ditanggung dapat lesen percuma – Loke



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama



Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker