Johari mahu UMNO juarai isu ekonomi

Johari mahu UMNO juarai isu ekonomi

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempertaruh pengetahuan dan pengalamannya khususnya dalam bidang ekonomi yang boleh disumbangkan kepada UMNO jika dipilih sebagai Naib Presiden dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026.

Johari yang juga bekas Menteri Kewangan II memohon semua perwakilan UMNO memberinya peluang untuk berada di dalam kepemimpinan utama parti itu.



“Ekonomi merupakan nadi dan perkara yang penting untuk rakyat. Menjadi satu cabaran buat parti kita untuk memimpin dan menyuarakan pelbagai isu ekonomi yang kompleks.

“Dengan mendepani isu-isu ekonomi, saya percaya ia akan secara langsung menyumbang keyakinan rakyat kepada UMNO dan dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk bersama parti kita.

“Oleh itu, dengan berbekalkan pengetahuan dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada parti, saya Johari Abdul Ghani, calon nombor 3 menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden UMNO,” kata Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa itu melalui satu hantaran di Facebook.

Terdahulu dilaporkan, lapan calon sah merebut jawatan Naib Presiden UMNO bagi sesi pemilihan parti tersebut kali ini.



Johari yang merupakan calon nombor tiga berharap keputusannya untuk bertanding bagi jawatan tersebut dipermudahkan. Utusan

Johari mahu UMNO juarai isu ekonomi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along



Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker