Tunku Idris terbangkan helikopter hantar bantuan mangsa banjir

Tunku Idris terbangkan helikopter hantar bantuan mangsa banjir

JOHOR BAHRU: Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, menerbangkan sendiri helikopter Keluarga Diraja Johor ketika membantu misi bantuan mangsa banjir di Chaah, Segamat, hari ini.

Menerusi perkongsian di facebook The Royal Johor, dalam penerbangan itu, Tunku Idris membawa sama bekalan makanan serta barangan kebersihan diri untuk agihan mangsa banjir di kawasan itu.



Helikopter kendaliannya yang berlepas dari Istana Bukit Serene, Johor Bahru sebelum mendarat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bali.

“Sejurus mendarat, Tunku Idris turut membantu memunggah barangan tersebut daripada helikopter berkenaan.

“Pengagihan bekalan makanan dan barangan kebersihan diri kemudian dilakukan pegawai serta sukarelawan dari Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Kesihatan Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia.

“Baginda yang aktif terbabit dalam kerja khidmat masyarakat turut merancang menghantar bekalan makanan dan bekalan air bersih menggunakan helikopter ke Kampung Peta esok, yang turut terjejas akibat banjir,” katanya. BH



Tunku Idris terbangkan helikopter hantar bantuan mangsa banjir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah



Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker