Annuar akan jadi saingan kepada pemimpin PAS – Penganalisis

Annuar akan jadi saingan kepada pemimpin PAS – Penganalisis

Penganalisis percaya akan ada kebimbangan dalam PAS terhadap Annuar Musa meskipun parti itu menyatakan kesudian untuk menerima bekas Ahli Parlimen Ketereh itu.

Awang Azman Awang Pawi daripada Universiti Malaya berkata PAS malah Bersatu juga akan berhati-hati kerana bimbang bekas setiausaha agung Umno itu, yang berpengalaman luas dalam dunia politik, akan jadi saingan kepada pemimpin mereka.



“PAS boleh sahaja menerima Annuar akan tetapi belum tentu PAS mahu beri laluan untuk Annuar bertanding PRN kerana PAS mempunyai pelapis sendiri,” tambahnya.

Awang Azman percaya hasrat sebenar Annuar mencari parti politik adalah untuk bertanding pilihan raya, paling kurang PRN kelak.

“Agar namanya tidak tenggelam dalam politik,” tambahnya.

Isnin lepas, Annuar yang dipecat Umno pada Disember lalu menyuarakan hasrat untuk kembali berpolitik secara berparti, dan ingin menyertai parti yang menegakkan syiar agama dan membela bangsa serta negara.



Annuar berharap ada parti yang sudi menerima beliau untuk berkhidmat sebagai ahli biasa.

Awang Azman bagaimanapun berkata status ahli biasa tidak sesuai bagi seseorang seperti Annuar. “Annuar pernah memegang jawatan penting.”

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengalu-alukan Annuar untuk bersama partinya, menyatakan beliau memiliki pengalaman yang mesti dimanfaatkan.

Annuar sebelum dipecat dilihat lantang mengkritik Presiden Umno Zahid Hamidi malah dilabel “mesra Bersatu”. Pemecatan beliau mengikut fasal yang memberi hak kepada majlis kerja tertinggi Umno melucutkan keahlian.



“Sudah pasti beliau tidak dapat hidup tanpa penyertaan politik,” kata Awang Azman.

“Ini tak lah menghairankan kerana Dr Mahathir Mohamad sendiri selepas umur lebih 90 tahun pun perlu platform politik, seolah-olah tidak ada platform lain yang lebih baik dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.” FMT

Annuar akan jadi saingan kepada pemimpin PAS – Penganalisis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal



Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker