Penyeludup campak kanak-kanak ke laut

Penyeludup kumpulan imigran yang menaiki sebuah bot sebelum karam di selatan Itali didakwa mencampak kanak-kanak ke dalam laut untuk meringankan beban muatan, lapor laman berita Wion News semalam.

Dakwaan itu dibuat oleh mangsa yang terselamat dalam tragedi yang berlaku Ahad lalu. Menurut kementerian luar negeri Afghanistan, insiden itu telah meragut nyawa 80 daripada 170 penumpang.

Seramai 14 mangsa dilaporkan kanak-kanak. Bagaimanapun, kerajaan tempatan Itali memaklumkan bahawa jumlah itu telah meningkat kepada 65 orang.



Menurut Polis Itali, penyeludup yang membawa penumpang dari Turkiye ke negara itu mengenakan bayaran sebanyak €8,000 (RM38.016) untuk setiap penumpang.

Polis telah menahan tiga penyeludup iaitu seorang warga Turkiye dan dua warga Pakistan. Seorang lagi suspek warga Turkiye disyaki maut dalam bangkai bot berkenaan.

Mangsa yang terselamat mendakwa bot itu mula karam berhampiran bandar Crotone di Calabria sebelum penyeludup mula mencampak imigran termasuk kanak-kanak ke dalam laut untuk meringankan berat kapal. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah



Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker