Ingatkan majlis kahwin, berkhatan rupanya

Sebuah majlis berkhatan tular di media sosial Indonesia kerana diadakan seperti majlis perkahwinan, lapor laman berita Wolipop hari ini.

Ibu bapa budak lelaki yang berkhatan itu dilihat memakai sut dan gaun seperti pengantin. Majlis itu diadakan dengan sangat meriah dan hiasannya bertemakan ala-ala perkahwinan desa.

Video memaparkan majlis itu dimuat naik dalam akaun TikTok @nafismanagement.



Ibu budak lelaki itu pada awalnya dilihat keluar dari kereta sambil diiringi beberapa rakan supaya gaunnya tidak kotor terkena tanah.

Pasangan itu bersama anak mereka kemudian diarak ke arah lokasi majlis sebelum disambut tetamu jemputan.

Di akhir video, terdapat acara membaling belon ke udara seperti yang sering diadakan semasa majlis perkahwinan.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.



“Ibunya bersolek seperti pengantin baharu,” komen seorang netizen.

Wolipop sudah menghubungi Iman Firmansyah yang merupakan pemilik akaun tersebut. Iman mengesahkan bahawa ia merupakan majlis berkhatan.

“Video itu acara khatan. Kami muat naik pada 1 November lalu, lokasinya di Garut, Jawa Barat,” katanya. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker