Akad nikah sambil baring atas katil…
Akad nikah sambil baring atas katil…
Kuala Lumpur: Ketika pengantin lelaki lain duduk di hadapan ‘tok kadi’ untuk akad nikah, lain pula bagi Mohammad Syauqi Kasim yang terbaring menahan kesakitan ketika menyempurnakan upacara itu.
Bagaimanapun, Mohammad Syauqi, 31, kuatkan dirinya demi menghalalkan Nordalilah Muhammad Rosli, 29, yang sah menjadi isterinya, kelmarin.
Kisah Mohammad Syauqi mendapat perhatian netizen selepas videonya terbaring di atas katil ketika majlis akad nikah tular di laman sosial.
Berkongsi kisah di sebalik video itu, Mohammad Syauqi yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat berkata, dia terbabit dalam kemalangan pada 5 Februari lalu ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari kampung halamannya di Kedah ke ibu kota.
Akibat kemalangan itu, peha Mohammad Syauqi terhentak tangki motosikal hingga tulang pelvisnya patah dan buat masa ini belum boleh berjalan serta menggunakan peralatan ortopedik sementara (External Fixator).
Meskipun begitu, Mohammad Syauqi dan Nordalilah sepakat untuk meneruskan majlis seperti yang dirancang dan bersyukur semuanya berjalan lancar dengan izin Allah.
“Hari nikah tempoh hari, saya tetap gementar, sama saja seperti orang lain.
“Perkara yang paling saya nak buat adalah sambut tetamu, ahli keluarga dan rakan malah kalau boleh, nak bersanding sebelah isteri serta abadikan detik indah ketika itu.
“Bagaimanapun, saya sekadar dapat ‘sanding’ sebelah isteri dalam keadaan saya di atas katil saja namun itu pun sudah cukup bahagia buat saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Berhubung video yang tular, Mohammad Syauqi berkata, ia dimuat naik salah seorang rakannya.
“Dia (rakan) muat naik di TikTok, kami pun tak tahu pada awalnya namun terharu selepas tengok video perkongsiannya itu.
“Terkejut juga apabila kisah perkahwinan saya tular hingga rakan ‘tag’ di hantaran yang ada perkongsian kisah kami,” katanya.
Sementara itu, Nordalilah juga bersyukur kerana dia dan Mohammad Syauqi akhirnya sah bergelar suami isteri walaupun berdepan ujian menjelang hari perkahwinan.
Nordalilah berkata, dia tahu suaminya kuat semangat dan itu yang memberi kekuatan untuknya teruskan majlis pernikahan tempoh hari.
“Kami sudah berbincang dengan keluarga kedua belah pihak dan sepakat tidak tangguhkan majlis.
“Saya nampak suami sama saja seperti sebelum sakit malah tetap ceria cuma kali ini terbaring saja jadi tidak sedih sebaliknya gembira.
“Dia masih boleh tersenyum dan kami juga teruja walaupun keadaan fizikalnya tidak mengizinkan untuk bergerak.
“Ketika akad nikah, suami nampak yakin dan sempurnakan dengan sekali lafaz saja. Selepas semua yang berlaku, saya lega kerana kami berdua ditakdirkan juga jadi suami isteri,” katanya.
Nordalilah berkata, dia berterima kasih kepada semua yang mendoakannya dan suami.
“Saya seronok baca semua doa yang baik-baik.
“Sokongan keluarga dan rakan juga buat saya kuat sebenarnya dan semoga doa baik berbalik kepada semua yang mendoakan kami,” katanya. HM
Akad nikah sambil baring atas katil…
Baca Artikel Menarik:
- Rohingya ‘sound’ Ustaz jangan sibuk hal perniagaan mereka
- Maut dirempuh pemandu mabuk kerana tegur bunyi bising
- Iktiraf UEC, ini jawapan Menteri Pendidikan
- Ada apa dengan pembatalan kuliah Azhar Idrus?
- 3 Calon Ketua Pemuda Popular
- Kerajaan Anwar akan tumbang – Hadi
- TikTok Malaysia larang iklan politik
- Pembaca berita transgender Pakistan nyaris mati dibunuh
- Warga asing besar kepala, caj parkir RM10 di tepi jalan di Zoo Negara [VIDEO]
- Pemandu Saga isi minyak sebelum rempuh MPV
- Pengantin meninggal ketika hendak kahwin, bapa gantikan dengan anak yang lain
- Rasuah Jana Wibawa, Azmin mula ‘berbunyi
- Solat jenazah buat isteri Ustaz Farid Ravi dilimpahi jemaah [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.