Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Oleh : DATUK DR. NOR ASHIKIN AHMAD MOKHTAR. MD (UKM), Masters O&G (MAL), FRCOG (UK)

Sebelum ini saya telah membincangkan tentang antara faktor yang menyebabkan wanita mempunyai keinginan nafsu yang berkurangan terhadap aktiviti hubungan seks.

Saya berasa amat penting untuk saya mengemukakan isu ini kerana masih ramai wanita yang malu untuk bertanya tentang masalah ini.

Jika tidak mengenal pasti apa yang menyebabkan kita mengalami kekurangan nafsu untuk melakukan hubungan seks, seseorang itu akan sentiasa tertanya-tanya apakah faktor yang menyebabkan semua ini berlaku.

Oleh kerana itu, ramai wanita yang menyalahkan dirinya sendiri sehingga menyebabkan hubungan dengan pasangan musnah.

Dalam artikel kali ini, saya akan membincangkan tentang sebahagian lagi faktor yang menyebabkan wanita mempunyai masalah tidak mempunyai nafsu untuk melakukan hubungan seks dan cara untuk mengenal pastinya.

Anggapan Tubuh Tidak Menarik

Kecantikan dan daya penarik adalah saling berhubung dengan nafsu dan keinginan seseorang itu. Akan tetapi, isunya sering kali berkait rapat dengan tanggapan dan bukan macam mana bentuk rupa kita.

Susah untuk berasa selesa ataupun seksi jika wanita selalu beranggapan susuk badannya kurang menarik. Setiap wanita mempunyai keinginan yang berbeza dalam mencari susuk tubuh yang ideal untuk mereka.

Bagaimanapun, ciri-ciri tubuh yang menawan bukanlah kayu pengukur untuk kelihatan tetapi ramai wanita yang terlalu obses untuk mendapat susuk tubuh badan yang cantik sehingga hilang nafsu untuk melakukan hubungan seks kerana malu dengan bentuk tubuh mereka.

Setiap wanita perlu berbincang dan berbual mengenai isu ini bersama pasangan masing-masing.

Sebarang perkara yang anda rasa was-was dan berkait rapat dengan tanggapan terhadap bentuk tubuh haruslah dibawa berbincang bersama pasangan. Jawapan yang diberikan oleh pasangan mungkin akan memeranjatkan si isteri kerana sebahagian daripada pasangan tidak mengambil kisah tentang susuk tubuh si isteri. Tetapi isteri harus menerimanya secara positif.

Jika merasakan yang anda perlu mengurangkan berat badan, anda harus bertindak dengan melakukan senaman yang betul dan mengikut nasihat pakar.

Diet yang anda amalkan juga haruslah berlandaskan nasihat pakar. Bersenam akan dapat mengembalikan tenaga dan mencantikkan susuk tubuh dan akhirnya akan mengembalikan nafsu untuk melakukan hubungan seks. Utv

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker