Amalan utama pada malam nisfu Syaaban
Amalan utama pada malam nisfu Syaaban
Insya Allah, seminggu lagi kita akan bertemu malam nisfu Syaaban iaitu malam yang diberkati selain dari malam lailatul qadar di bulan Ramadan. Nisfu bermaksud pertengahan atau kita gelar pertengahan Syaaban. Malam nisfu Syaaban juga disebut malam Laylatul Bara’ah iaitu malam yang penuh keberkatan, syafaat dan pertolongan.
Menurut Imam as-Syafie dalam kitab al-Umm,
“Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam Jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban”
Manakala dari Muaz bin Jabal r.a. Baginda s.a.w. bersabda,
“Allah S.W.T. melihat makhluknya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhluknya kecuali orang yang syirik, dan juga orang yang bermusuhan” HR al-Tabrani
Justeru kita sebagai hamba yang bertakwa kepada Allah S.W.T. disuruh untuk menghidupkan malam tersebut dengan beberapa amalan iaitu:
Pertama Memperbanyakkan berdoa.
Dalam sebuah hadis dari Abu Bakar r.a. Baginda s.a.w.
“Rahmat Allah S.W.T. turun ke bumi pada malam nisfu Syaaban. Dia akan mengampuni segala sesuatu kecuali dosa syirik dan orang yang dalam hatinya tersimpan kebencian (kemunafikan)” HR al-Baihaqi
Tidak ada doa khusus yang diajarkan oleh Baginda s.a.w. untuk dibaca pada malam tersebut. Oleh itu bacalah apa pun jua doa, dan mintalah sebanyak-banyaknya terutama keampunan dari Allah S.W.T.
Kedua Memperbanyakkan syahadah. Kalimah syahadah adalah kalimah yang paling mulia. Kalimah ini elok dibaca bila-bila masa pun terutama pada malam nisfu Syaaban.
Ketiga Memperbanyakkan istighfar. Selain dari kalimah syahadah, kita juga dituntut untuk memperbanyakkan membaca istighfar sebagai bentuk permohonan ampun kepada Allah. Itu kerana pada malam tersebut Allah telah berjanji akan mengampunkan segala dosa hambanya kecuali dosa syirik.
Keempat Solat sunat terutama Qiamulail. Menurut Riwayat al-Hasan, para sahabat Nabi s.a.w. pernah menyampaikan kepadanya apa sahaja keutamaan solat nisfu Syaaban.
“Barang siapa yang mendirikan solat sunat di malam nisfu Syaaban maka Allah S.W.T. akan memandangnya sebanyak 70 kali. Dan setiap pandangan Allah akan mengabulkan 70 keperluannya. Adapun pandangan paling dekat adalah pengampunannya.” Semoga kita dapat menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan ibadah-ibadah yang dituntut dan beroleh rahmat dan pengampunan dari Allah S.W.T. Wallahu a’lam Utv
Amalan utama pada malam nisfu Syaaban
Baca Artikel Menarik:
- Malaysia Airlines sasaran waris Sultan Sulu seterusnya – Azalina
- Kerana sebut ‘Pagoh’, Dewan Rakyat kecoh
- Potong kemaluan teman lelaki ugut sebar video lucah
- Jantung Ebby Yus hanya mempunyai kekuatan 27 peratus
- Apa masalah Zul Yahya?
- Suami doktor berang tiada tindakan terhadap gangguan seksual dihadapi isterinya
- Jana Wibawa: Adam Radlan didakwa kali ketiga
- Pemilihan Naib Presiden UMNO paling sengit dalam sejarah
- Hakimi disiasat dakwaan rogol
- Pemain bola sepak meninggal dunia ketika beraksi
- 3 kategori bankrap boleh mohon pelepasan segera – Azalina
- Wanita bersama 2 lelaki lakukan seks di atas jejantas ditahan
- Tak boleh kuliah di Selangor, ini kata Ustaz Azhar Idrus
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini