3 kategori bankrap boleh mohon pelepasan segera – Azalina
3 kategori bankrap boleh mohon pelepasan segera – Azalina
Individu dengan pengisytiharan kebankrapan melepasi tempoh lima tahun dan yang tiada perintah mahkamah atau penyiasatan dijalankan terhadap bankrap boleh membuat permohonan pelepasan segera mulai 1 Mac, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.
Azalina dalam satu kenyataan berkata, dua kategori itu adalah tambahan kepada syarat pelepasan bankrap sebelum ini iaitu hutang kurang daripada RM50,000 seperti diumumkan dalam Belanjawan 2023.
Katanya, pelepasan bankrap akan dilaksanakan oleh Jabatan Insolvensi melalui pengeluaran Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi mengikut Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967.
Bagi maksud berkenaan, menurutnya, ketua pengarah insolvensi akan memberikan pertimbangan kepada tiga kategori kes kebankrapan untuk pelepasan segera.
“Kategori pertama, pengisytiharan kebankrapan melepasi tempoh lima tahun dari tarikh perintah penerimaan dan perintah penghukuman/perintah kebankrapan. Kedua, jumlah hutang yang diperakukan atau baki hutang yang terlibat tidak melebihi RM50,000.
“Kategori ketiga, tiada perintah mahkamah, prosiding mahkamah dan/atau prosiding penyiasatan dijalankan ke atas bankrap mengikut Akta Insolvensi 1967 yang menghalang pelepasan diberi melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi,” katanya.
Tambahnya, individu bankrap yang berada dalam tiga kategori berkenaan boleh membuat permohonan pelepasan kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes kebankrapan mereka.
“Bankrap boleh hadir atau menghantar surat atau e-mel kepada cawangan yang terlibat untuk menyemak status kes kebankrapannya. Maklumat lanjut berkenaan permohonan pelepasan ini juga boleh diperolehi di laman web rasmi Jabatan Insolvensi,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 mengumumkan kes-kes kecil yang hutangnya kurang RM50,000 yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac.
Katanya, kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat. FMT
3 kategori bankrap boleh mohon pelepasan segera – Azalina
Baca Artikel Menarik:
- Zambry tarik diri tanding naib presiden Umno
- Pengurus jenazah ‘diusik wanita’ berbaju kebaya lusuh
- Bank diminta tambah duit RM10, RM20 di ATM
- Suami tempah pelacur, yang datang isteri
- Lapan calon naib presiden berentap
- Kepala model akhirnya ditemui dalam periuk
- Tragedi pusaran air, 2 beradik lemas di air terjun Sedim
- Suami akhirnya minta bantuan polis setelah isteri dan anak lelakinya kurung diri dalam rumah selama 3 tahun akibat takutkan Covid-19
- Tembak zakar anak saudara kerana curi pasir
- Akibat berduaan di kebun, budak bawah umur dinikahkan
- Pasangan naik motosikal berpelukan seperti ‘buat projek’ tanpa rasa malu
- Rider tendang pengawal taman perumahan dikesan polis
- Selangor akan dihukum pengundi berkait isu Bukit Cherakah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri