Tayangan awal Abang Long Fadil kutip RM1.2 juta
Tayangan awal Abang Long Fadil kutip RM1.2 juta
Filem aksi komedi Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof berjaya meraih kutipan ‘sneak preview’ semalam sebanyak RM1.2 juta.
Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw terbabit yang akan ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh negara bermula 8 September turut menerima reaksi luar biasa.
Kebanyakan komen penonton menyifatkan filem itu antara karya komedi terbaik. Unsur lawak yang disuntik sangat mengagumkan mereka selain lakonan pelakonnya cemerlang.
Abang Long Fadil 3 adalah idea asal Syafiq Yusof sendiri. Terdahulu, dia juga turut menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan 2 serta mencipta fenomena tersendiri apabila sekuel kedua menjadi filem tempatan pertama raih kutipan pecah panggung melebihi RM18 juta.
Uniknya dalam ketiga-tiga sekuel Abang Long Fadil, penonton dapat melihat transisi tema berbeza termasuk dunia gengster, dunia mafia, dan perisikan.
Siri jelajah filem itu turut diadakan pada 10, 11 September di Johor dan Melaka manakala 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu. HM
Tayangan awal Abang Long Fadil kutip RM1.2 juta
Baca Artikel Menarik:
- Pengakuan PAS
- Usah ulangi ‘skrip’ tarikh PRU14
- Dr Ampikaipakan, penyelamat nyawa saya – Muhyiddin
- Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM – Shabery
- Cucu Mat Kilau ambil kesempatan kejayaan filem Mat Kilau masuk gelanggang PRU15
- UMNO hari ini memang lain, bukan lagi kuku besi – Razlan
- Hadi, Takiyuddin dicabar dedah nama pemimpin UMNO runding dengan Pas
- Pramugari beri kacang kepada ‘influencer’ berisiko berdepan tindakan tatatertib
- Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol
- PM caretaker Thailand selamba tidur ketika mesyuarat
- Taikun rugi RM11 juta emas lesap ketika penerbangan
- Hend Bustami hampir diperkosa polis kerana diri terlalu cantik
- Kerjasama PAS-UMNO: Muhyiddin panas punggung, mahu PAS jelaskan malam ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy