Sarat Mengandung, Isteri Fizo Omar Pulun Jawab Peperiksaan Online (Video)

3

Sarat Mengandung, Isteri Fizo Omar Pulun Jawab Peperiksaan Online (Video)

Umum mengetahui bahawa isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri Azrai disahkan hamil buat kali kedua selepas melahirkan anak sulung mereka pada Jun 2022.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Fizo di TikTok, kelihatan isterinya sedang berada di beranda rumah kerana sedang menduduki peperiksaan secara atas talian bagi semester terakhir.

Biarpun sedang sarat mengandung, Fazeera dilihat begitu fokus untuk menjawab peperiksaan sementara kedua-dua anak mereka berada di dalam rumah.

Seolah-olah memahami keadaan ibu mereka, anak sulung Fizo iaitu Wan Maryam mengambil tugas untuk menjaga adiknya, Wan Khaleeda yang sedang tidur.

Si keriting jaga si ketepop tidur. Mak buyung tengah periksa untuk semester akhir.

Sementara itu, Fizo turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya kerana sanggup untuk berkorban masa sebagai seorang isteri, ibu serta pelajar.

Sibuk macam mana pun dengan kerja, tetap jaga anak. Dengan mengandung lagi, tetap fokus pada pelajaran. Dah tahun akhir dah.

Menjengah di bahagian komen pula, rata-rata netizen memuji kesungguhan Fazeera yang tetap mengambil berat tentang pelajaran walaupun sudah bergelar isteri dan ibu.

Malah, tidak kurang juga yang mendoakan agar isteri Fizo itu akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti. OB

[videopress 5sAdIubQ]

Sarat Mengandung, Isteri Fizo Omar Pulun Jawab Peperiksaan Online (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker