Wanita bibir besar mahu catat rekod tulang pipi

Andrea Ivanova kini mahu memiliki tulang pipi terbesar dunia. – Foto JamPress/@andrea88476

LONDON – Seorang wanita Bulgaria yang mempunyai bibir terbesar di dunia kini  berusaha untuk memiliki tulang pipi terbesar pula, lapor portal berita Daily Mirror semalam.

Andrea Ivanova, 25,  menjadi tajuk utama berita selepas mendedahkan bahawa dia telah membelanjakan £8,000 (RM42,658) untuk bibirnya dan pastinya gadis tersebut mempunyai rupa yang unik.

Dia memulakan transformasinya pada 2018 dan mahu menjadikan dirinya mirip anak patung Bratz dan untuk tujuan itu, dia menjalani pembedahan pada rahang dan mempunyai pengisi diletakkan di dagunya.

Kini dia mengalihkan perhatiannya ke pipinya dan mempunyai pengisi tulang pipi dengan harapan untuk mencapai tulang pipi terbesar di dunia.



Gadis itu berkata: “Saya mahu sebagai membuat tambahan kepada bibir terbesar di dunia dan untuk mempunyai ulang pipi terbesar juga. Saya telah menjalani empat suntikan asid hyaluronik pada tulang pipi saya setakat ini, tetapi saya akan menjalani dua lagi dalam tempoh seminggu.

“Bagi proses penyembuhan, saya perlu mengelak tekanan kuat pada muka sehingga tiga hari selepas itu. Saya akan meneruskan lebih banyak suntikan untuk menjadikannya lebih besar.”

Sehingga kini, bekas pelajar falsafah itu telah menerima lebih 34 suntikan di bibirnya. – Agensi

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’



Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker