Lelaki tidur dengan mayat rakan selepas membunuhnya dihukum gantung

Lelaki tidur dengan mayat rakan selepas membunuhnya dihukum gantung

IPOH: Seorang lelaki yang tidur bersama mayat rakannya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, pada Selasa, selepas didapati bersalah membunuh mangsa, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu terhadap Mohd. Azhud Ibrahim, 33, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Abdul Wahab berkata, keterangan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata.

Katanya, tertuduh dalam keterangannya menyatakan dia tiada niat membunuh si mati, malah selepas pergaduhan, telah keluar membeli makanan dan minuman untuk lelaki itu.

Bagaimanapun, ujarnya, menurut pakar patalogi, hasil bedah siasat mendapati perut si mati mengumpul makanan yang belum dihadam selain pemeriksaan luaran dan dalaman si mati terdapat kecederaan dan luka di pipi, mulut serta leher.

Oleh itu, katanya, disimpulkan bahawa si mati makan terlebih dahulu sebelum pergaduhan berlaku selain keadaan kecederaan si mati yang tidak memungkinkan dia makan dalam keadaan mulut sedemikian.

Tambah beliau, tertuduh mendakwa memukul si mati untuk mempertahankan diri, tetapi daripada laporan tangkapan, tiada keterangan menunjukkan tertuduh mengalami kecederaan.

Selain itu, ujarnya, penemuan sebatang cangkul di atas tanah berdekatan dengan lubang yang digali di belakang rumah tertuduh adalah tidak konsisten dengan keterangan lelaki itu.

Abdul Wahab mempersoalkan mengapa tertuduh menggali lubang itu jika benar dia tiada untuk membunuh si mati dan tertuduh sepatutnya melaporkan kepada polis, bukannya menyembunyikan mayat si mati.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Azhud yang ketika itu berusia 28 tahun telah melakukan bunuh terhadap Ahmad Azam Ahmad, 43, dengan cara memukul menggunakan sebatang buluh dan sebatang tebu serta memijak sehingga mengakibatkan kematian.

Perbuatan itu dilakukan di alamat No 2A Lorong Mohd. Ali Kampung Bahagia, Teluk Intan pada pukul 10 malam hingga 8 pagi pada 10 Ogos 2018.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fitri Sadarudin manakala Mohd. Azhud diwakili peguam, Gurbachan Singh.

Sepanjang tempoh prosiding, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 20 saksi manakala dua saksi lagi di pihak pembelaan. Aw

Lelaki tidur dengan mayat rakan selepas membunuhnya dihukum gantung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker