Khaled Nordin pertahan jawatan Naib Presiden UMNO

Khaled Nordin pertahan jawatan Naib Presiden UMNO

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini, mengesahkan bertanding mempertahankan jawatan disandangnya ketika ini pada pemilihan UMNO bulan depan.

Dalam satu video, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu menjelaskan, keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau bersama kepemimpinan melaksanakan usaha pemulihan parti, selepas tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Saya ingin umumkan penawaran diri saya sebagai Naib Presiden UMNO bagi penggal 2023 sehingga 2025. Tujuannya adalah semata-mata untuk berkhidmat dan meneruskan khidmat kepada parti.

“Penawaran diri ini, saya sedar dalam keadaan dan saat parti berada dalam kedudukan yang tidak terbaik, dianggap jauh daripada orang Melayu,” katanya menerusi satu video yang dikongsi hari ini.

Pengumuman itu menjadikan beliau pemimpin UMNO pertama yang mengesahkan dirinya bertanding merebut jawatan nombor tiga parti.

Mohamed Khaled berkata, beliau tekad mengembalikan kepercayaan yang hilang dalam kalangan orang Melayu terhadap UMNO dan ia wajar menjadi fokus utama semua ahli.

“Dengan bekerja bersama semua yang percaya bahawa parti yang lemah seperti parti kita pada hari ini, haruslah kita sama usaha bangkitkan kembali.

“Saya berharap mendapat keizinan semua agar saya dapat meneruskan ikhtiar untuk kita memeta perjalanan parti kita ini untuk masa kini dan masa akan datang,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Shahrir Samad, semalam memaklumkan seramai 111 calon sudah mendaftarkan diri untuk pertandingan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Wanita serta sayap Pemuda dan Puteri, setakat kelmarin.

Beliau dilaporkan berkata, belum ada mana-mana pemimpin UMNO mengesahkan diri bertanding bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden UMNO, beberapa hari sebelum tempoh pencalonan berakhir pada Ahad ini.

Selain Mohamed Khaled, beberapa nama pemimpin juga dijangka mengesahkan saingan mereka bagi merebut jawatan nombor tiga UMNO itu dalam masa terdekat ini.

Antaranya, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Kketika ini, jawatan Naib Presiden disandang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Mahdzir dan Mohamed Khaled. BH

Khaled Nordin pertahan jawatan Naib Presiden UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker