Ismail Sabri hanya hantar borang untuk Ketua Bahagian sahaja

Ismail Sabri hanya hantar borang untuk Ketua Bahagian sahaja

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan atau melepaskan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandang ketika ini, pada pemilihan parti bulan depan.

Berbaki lima hari sebelum pendaftaran calon pemilihan UMNO 2023 ditutup 26 Februari depan, beliau bagaimanapun mengesahkan akan bertanding jawatan ketua bahagian UMNO tanpa menamakan bahagian mana.

Ketika ini, beliau menyandang jawatan Ketua Bahagian UMNO Bera, Pahang.

“Saya sudah menghantar borang pencalonan untuk jawatan ketua bahagian. Sebelum ini, saya membayangkan untuk tidak bertanding jawatan Naib Presiden, namun saya belum membuat keputusan rasmi mengenainya,” katanya kepada BH.

Ditanya sama ada calon perlu mendapat ‘restu’ mana-mana pihak untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, Ismail berkata, beliau tidak mengetahui berkenaan perkara itu.

“Saya tak tunggu ‘restu’ siapa-siapa, saya akan bertanding jika itu adalah keputusan saya. Setakat ini, saya belum buat apa-apa keputusan,” katanya.

Ismail diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad, semalam yang berkata belum ada lagi tokoh yang mendaftar untuk bertanding jawatan itu, menjelang hari terakhir pencalonan, Ahad ini.

Ismail berkata, ramai calon untuk jawatan itu, namun senarai yang dihebahkan di media sosial adalah tidak benar.

“Senarai di media sosial itu spekulasi semata-mata, cuma calonnya ramai. Mengapa mereka masih belum menghantar borang, saya tidak tahu.

“Untuk saya sendiri, saya masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak,” katanya.

Naib presiden UMNO adalah jawatan nombor tiga dalam UMNO dan ketika ini, disandang oleh Ismail, Datuk Seri Mahadzir Khalid serta Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled hari ini mengesahkan bertanding mempertahankan jawatannya itu.

Dalam satu video, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu menjelaskan, keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau bersama kepemimpinan melaksanakan usaha pemulihan parti, selepas tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Pendaftaran bagi proses Pemilihan UMNO 2023 sudah dibuka bermula 12 sehingga 26 Februari ini, di Auditorium Menara Dato’ Onn bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, EXCO Wanita, Pemuda dan Puteri.

Bagi pemilihan jawatan di peringkat ahli jawatankuasa bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian, pendaftaran dibuka di Pejabat UMNO Bahagian atau Perhubungan UMNO negeri. BH

Ismail Sabri hanya hantar borang untuk Ketua Bahagian sahaja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker