Tak Sangka Simpan Bulu Kemaluan Pun Ada Manfaat? Extra: Risiko Bercukur Yang Anda Perlu Tahu!
Menyimpan bulu kemaluan mempunyai kelebihannya tersendiri. Salah satu manfaat simpan bulu kemaluan adalah ia mempunyai fungsi untuk mengurangkan geseran semasa melakukan hubungan seks.
Selain mempunyai banyak manfaat menyimpannya, terdapat juga beberapa risiko yang akan dialami apabila bulu kemaluan dicukur. Jom ikuti perinciannya di bawah.
FUNGSI BULU KEMALUAN
MANFAAT SIMPAN BULU KEMALUAN
Sebenarnya, terdapat beberapa manfaat menyimpan bulu kemaluan seperti dilaporkan dalam halaman Healthline dan Romper. Antaranya, dapat mengurangkan geseran sewaktu persetubuhan, perlindungan daripada bakteria dan sebagainya.
1. MENGURANGKAN GESERAN
Kulit di kawasan kemaluan adalah halus. Bulu kemaluan bertindak seperti penampan pelindung, mengurangkan geseran semasa hubungan seks dan aktiviti lain.
Terdapat sesetengah sumber menyatakan bulu kemaluan sebagai “pelincir kering”. Hal ini kerana, lebih mudah menggosok rambut dengan rambut daripada menggosok kulit dengan kulit.
Bulu kemaluan juga boleh menghangatkan alat kelamin, yang merupakan faktor penting dalam rangsangan seksual.
2. PERLINDUNGAN DARIPADA BAKTERIA & PATOGEN LAIN
Bulu kemaluan mempunyai fungsi yang serupa dengan bulu mata atau bulu hidung, di mana ia memerangkap kotoran, serpihan dan mikroorganisma yang berpotensi berbahaya. Di samping itu, folikel bulu rambut menghasilkan sebum iaitu minyak yang sebenarnya menghalang bakteria daripada membiak.
Ia berikutan bulu kemaluan boleh melindungi daripada jangkitan tertentu, termasuk:
- Selulitis.
- Jangkitan kelamin (STI).
- Jangkitan saluran kencing (UTI).
- Vaginitis.
- Jangkitan yis.
3. TANDA AKIL BALIGH
Bulu kemaluan muncul semasa akil baligh. Ia merupakan tanda fizikal seseorang itu sudah menjangkau kematangan seksual iaitu keupayaan seseorang untuk melakukan pembiakan.
4. PASANGAN JADI LEBIH TERTARIK KEPADA ANDA
Walaupun motivasi untuk membuang bulu kemaluan biasanya kelihatan lebih menarik secara konvensional, bercukur mungkin sebenarnya mempunyai kesan sebaliknya pada tahap biologi.
Dweck menjelaskan, “bulu kemaluan berkemungkinan memerangkap feromon, bahan kimia yang memberikan ‘haruman sendiri’ dan mungkin mempunyai peranan dalam tarikan pasangan.” Apabila anda mencukurnya, badan tidak dapat memerangkap feromon tersebut yang bertujuan untuk membuatkan pasangan mahu melakukan hubungan seks dengan anda seperti dijelaskan oleh Medical News Today.
Menyimpan bulu mungkin menambahkan sedikit percikan pada dunia keintiman anda.
5. TIDAK SAKIT APABILA PASANGAN MENYENTUH ANDA
Ramai orang berfikir bercukur atau pelilinan sebelum proses keintiman akan jadi lebih menyeronokkan, tetapi ia sebenarnya boleh memberi kesan sebaliknya.
“Sejurus selepas mencukur bulu mungkin terdapat sedikit kerengsaan kulit…Itu boleh [membuat] tisu sensitif lebih terdedah kepada rasa rengsa, terbakar, atau gatal apabila disentuh atau diusap,” ulas Doktor Perubatan, Doktor Felice Gersh, kepada Romper.
RISIKO MENCUKUR BULU KEMALUAN
Melalui portal Healthline, terdapat beberapa risiko yang akan anda alami sekiranya mencukur bulu kemaluan. Jadi, berwaspadalah.
1. KECEDERAAN
Kecederaan ketika merapikan bulu kemaluan adalah sangat biasa. Berdasarkan data daripada tinjauan 2013 dalam kajian 2017 mendapati, luka adalah kecederaan yang paling kerap dilaporkan dengan luka bakar dan ruam. Terdapat sesetengah kes yang sangat jarang berlaku, di mana kecederaan ini memerlukan perhatian perubatan.
2. JANGKITAN
Seperti dinyatakan di atas, bulu kemaluan berfungsi sebagai perlindung dengan memerangkap patogen dari memasuki badan. Menghilangkan bulu kemaluan boleh menjadikan seseorang lebih mudah terdedah kepada jangkitan yang lazim seperti Jangkitan Saluran Kencing (UTIs), vaginitis dan jangkitan yis.
Penyingkiran bulu juga boleh merengsakan kulit anda yang membawa kepada jangkitan kulit seperti selulitis dan folikulitis. Dalam kes lain, kecederaan berkaitan dengan dandanan seperti luka, ia boleh dijangkiti.
3. ABSES
Seperti bisul, abses cenderung berkembang daripada kerengsaan yang disebabkan oleh kaedah penyingkiran bulu tertentu (bercukur atau waxing).
Abses adalah jangkitan dalam, di bawah kulit yang menyebabkan sakit, bengkak dan kemerahan.
4. BISUL DARI BAKTERIA STAPH
Dalam kes yang jarang berlaku, penyingkiran bulu mungkin mengakibatkan pertumbuhan bisul di kawasan kemaluan anda. Bisul boleh tumbuh daripada kerengsaan kulit dan jangkitan, seperti selulitis dan folikulitis.
Bisul biasanya bermula sebagai benjolan merah tepat di bawah permukaan kulit. Ia mungkin dipenuhi dengan nanah dan bisul tidak sedalam abses.
KESIMPULANNYA
Setiap orang mempunyai bulu kemaluan, jadi terpulang kepada anda untuk cukur atau tidak. Ia terletak pada kehendak masing-masing.
Sesetengah orang lebih suka membiarkannya tumbuh, manakala ada yang gemar merapikannya, bercukur atau melakukan pelilinan (waxing). Apa yang ingin anda lakukan terpulang kepada diri sendiri.
Sumber: Healthline / Romper
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Shahrizat serah borang tanding Ketua Wanita UMNO
- Telekung Siti Khadijah, beli dulu bayar kemudian
- Kos selenggara kenderaan menteri era Muhyiddin tertinggi
- Jual nasi lemak RM1 pun jadi kesalahan (Video)
- Anak potong payu dara ibu akibat dadah
- Ramai pemimpin UMNO tidak hormat institusi Presiden
- DUN Batang Kali diisytihar kosong, Harumaini pertimbang tindakan undang-undang
- Pencuri seluar dalam ditangkap nyaris telanjang
- Polis kesan suspek kes langgar lari, seret mangsa 40 meter
- Dituduh Parkir Kereta Sesuka Hati, Jawapan YB Zahir Buat Netizen Geli Hati
- Jangan ‘koyak’ Rayer, Siti Mastura
- MP PAS dakwa Menu Rahmah dedah pengguna pada kanser, autisme
- Hafidz Roshdi didakwa curang, isteri luah perasaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.