Empat pegawai imigresen ditahan bersekongkol seludup masuk warga asing
Empat pegawai imigresen ditahan bersekongkol seludup masuk warga asing
Kegiatan satu sindiket membawa warga asing yang sudah disenarai hitam dengan dibantu pegawai imigresen terbongkar dalam Operasi Kenyalang (Op Kenyalang) dijalankan di Bintulu, Sarawak, Jumaat lalu.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi itu dijalankan sepasukan pegawai Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya dan pegawai operasi JIM Sarawak jam 9.45 malam kelmarin.
Katanya, operasi itu dijalankan selepas pemerhatian dan risikan dilakukan hampir tiga bulan di sebuah premis kediaman di Bintulu.
“Dalam operasi itu, kami menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 38 tahun yang dipercayai ketua kepada sindiket ketika dia menguruskan warga asing di rumah penampungan.
“Kami juga menahan seramai 63 warga Indonesia terdiri daripada 37 lelaki dan 26 wanita berusia antara 22 hingga 52 tahun. Seramai 30 orang ditahan di rumah transit berkenaan.
“Dalam serbuan itu, kami merampas wang tunai berjumlah RM25,000 dan 3 juta rupiah (RM876),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Khairul Dzaimee berkata, seramai 33 lagi individu ditahan semasa pemeriksaan bas dilakukan di sekitar Bintulu.
“Pemeriksaan ini dilakukan terhadap dua bas yang disyaki membawa warga asing berdasarkan maklumat diterima.
“Dalam operasi sama, kami juga menahan empat pegawai Imigresen yang disyaki terbabit dengan sindiket berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, semakan dilakukan mendapati warga asing yang ditahan dalam operasi itu adalah individu yang disenarai hitam dalam sistem JIM dari memasuki Malaysia.
“Semua individu yang ditahan juga didapati mempunyai tiket penerbangan ke Kuala Lumpur.
“Modus operandi sindiket ini adalah mengatur pergerakan masuk warga asing yang disenarai hitam dengan dibantu oleh pegawai Imigresen,” katanya.
Menurutnya, sindiket itu menguruskan antara 30 hingga 40 orang bagi setiap kali kemasukan.
“Pegawai Imigresen yang terbabit akan menurunkan cap keselamatan ke atas pasport warga asing berkenaan bagi memastikan perjalanan mereka selamat ke destinasi.
“Warga asing yang sudah mendapat cap keselamatan itu seterusnya akan dibawa ke rumah-rumah transit yang ditetapkan oleh sindiket.
“Mereka kemudian akan dibawa ke lapangan terbang seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dan Lapangan Terbang Bintulu sebelum meneruskan perjalanan ke Semenanjung melalui laluan domestik,” katanya.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, sindiket itu sudah beroperasi hampir lapan bulan lalu iaitu apabila pintu sempadan negara dibuka.
“Warga asing yang mahu masuk ke Malaysia dikenakan bayaran antara RM5,000 ke RM6,000 seorang yang membolehkan sindiket berkenaan dipercayai mengaut keuntungan kira-kira RM80,000 sebulan.
“Semua warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia secara tidak sah.
“Empat pegawai Imigresen dan ketua sindiket itu pula disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan terus memburu sindiket yang terbabit dengan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.
“Tindakan tegas akan dikenakan ke atas mereka yang didapati melanggar kesalahan di bawah akta berkaitan,” katanya. HM
Empat pegawai imigresen ditahan bersekongkol seludup masuk warga asing
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Shahrizat serah borang tanding Ketua Wanita UMNO
- Telekung Siti Khadijah, beli dulu bayar kemudian
- Kos selenggara kenderaan menteri era Muhyiddin tertinggi
- Jual nasi lemak RM1 pun jadi kesalahan (Video)
- Anak potong payu dara ibu akibat dadah
- Ramai pemimpin UMNO tidak hormat institusi Presiden
- DUN Batang Kali diisytihar kosong, Harumaini pertimbang tindakan undang-undang
- Pencuri seluar dalam ditangkap nyaris telanjang
- Polis kesan suspek kes langgar lari, seret mangsa 40 meter
- Dituduh Parkir Kereta Sesuka Hati, Jawapan YB Zahir Buat Netizen Geli Hati
- Jangan ‘koyak’ Rayer, Siti Mastura
- MP PAS dakwa Menu Rahmah dedah pengguna pada kanser, autisme
- Hafidz Roshdi didakwa curang, isteri luah perasaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET