Khairy menang tipis pemilihan naib presiden PKBM
Khairy menang tipis pemilihan naib presiden PKBM
Bekas menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin berjaya merebut jawatan naib presiden kelima Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), menerusi kemenangan tipis.
Khairy, selaku Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS), meraih 33 undi untuk menduduki tempat kelima dalam pertembungan 10 penjuru pada Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi PKBM bagi penggal 2023-2026 yang diadakan di Melaka.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh PKBM, Khairy berkata kini tiba masa untuk beliau berkhidmat kepada sukan berbasikal dan membantu badan induk berbasikal negara itu.
“Nasib baik saya menang pemilihan ini. Kalau tak maknanya saya kalah semua pertandingan,” katanya secara berseloroh.
Sementara itu, pentadbir sukan antarabangsa, Amarjit Singh menang besar apabila meraih hampir 100 peratus undi selepas menerima 71 daripada 72 undi untuk muncul naib presiden 1 PKBM.
Amarjit, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), mengaku sangat terkejut dengan pencapaian dicapainya dan berterima kasih kepada semua perwakilan negeri yang mempercayai kebolehannya untuk terus memberi sumbangan kepada PKBM.
“Ini menunjukkan perwakilan negeri percaya saya boleh memberi sumbangan positif kepada sukan berbasikal. Pada waktu sama, saya akan menjaga kepentingan UCI dan ACC (Konfederasi Berbasikal Asia) dengan baik,” katanya.
Perebutan jawatan timbalan presiden, menyaksikan kejutan terbesar apabila penyandang Yunus Ibrahim dari Negeri Sembilan gagal untuk mempertahankan jawatannya, selepas hanya memperoleh 26 undi berbanding 45 yang diraih Mazlan Md Jail.
“Saya sangat terkejut, namun, saya percaya ini adalah satu keputusan daripada semua perwakilan negeri. Saya anggap ini hari bertuah kepada diri saya dan berjanji akan bekerjasama erat membantu presiden PKBM (Abu Samah Abd Wahab),” katanya.
Senarai Penuh Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi PKBM Penggal 2023-2026:
Presiden: Abu Samah Abd Wahab (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden: Mazlan Md Jail (45 undi)
Naib Presiden 1: Amarjit Singh (71)
Naib Presiden 2: Mohd Saiful Abd Jalil (54)
Naib Presiden 3: Dr Zaim Ahmad (46)
Naib Presiden 4: Norazman Abu Samah (42)
Naib Presiden 5: Khairy Jamaluddin (33)
Khairy menang tipis pemilihan naib presiden PKBM
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Shahrizat serah borang tanding Ketua Wanita UMNO
- Telekung Siti Khadijah, beli dulu bayar kemudian
- Kos selenggara kenderaan menteri era Muhyiddin tertinggi
- Jual nasi lemak RM1 pun jadi kesalahan (Video)
- Anak potong payu dara ibu akibat dadah
- Ramai pemimpin UMNO tidak hormat institusi Presiden
- DUN Batang Kali diisytihar kosong, Harumaini pertimbang tindakan undang-undang
- Pencuri seluar dalam ditangkap nyaris telanjang
- Polis kesan suspek kes langgar lari, seret mangsa 40 meter
- Dituduh Parkir Kereta Sesuka Hati, Jawapan YB Zahir Buat Netizen Geli Hati
- Jangan ‘koyak’ Rayer, Siti Mastura
- MP PAS dakwa Menu Rahmah dedah pengguna pada kanser, autisme
- Hafidz Roshdi didakwa curang, isteri luah perasaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.