Henti projek tambak laut Pulau Pinang – G25

Henti projek tambak laut Pulau Pinang – G25

Kumpulan bekas penjawat awam kanan G25 menggesa kerajaan segera menghentikan Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang untuk melindungi mata pencarian golongan nelayan.

Kumpulan itu berkata, kerajaan persekutuan terdahulu memberi komitmen untuk mencapai 17 Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, namun projek tambakan itu melanggar beberapa SDG berkenaan.



“Satu daripadanya iaitu SDG14 mengenai pemuliharaan dan penggunaan sumber laut serta marin yang lestari demi pembangunan mampan.

“Kerosakan yang tidak dapat diperbaiki terhadap kawasan pesisiran, ekosistem marin dan bakau akibat projek tambakan itu bukan saja akan menjejaskan pantai Pulau Pinang malah juga perairan Kedah serta Perak,” katanya dalam kenyataan.

Malah kata kumpulan itu, projek berkenaan juga akan mengakibatkan pencemaran dan merosakkan biodiversiti kerana hidupan laut akan hilang tempat memburu, membiak dan bersarang.

“Ini akan menggugat kawasan penangkapan ikan seterusnya menjejaskan nelayan, sektor perikanan, dan penduduk setempat khususnya golongan berpendapatan rendah yang membeli makanan laut secara terus daripada nelayan,” kata kenyataan itu.



Kumpulan itu turut menggesa kerajaan negeri menghormati hak nelayan untuk melindungi punca pendapatan mereka.

Projek tambakan bernilai RM10 bilion itu meliputi 17 km persegi, merangkumi pembangunan tiga pulau buatan manusia di perairan Permatang Damar Laut, berhampiran Bayan Lepas.

Ia dicadangkan sebagai modul pembiayaan untuk Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Projek itu mengalami halangan tahun lalu selepas Jabatan Alam Sekitar membatalkan kelulusan penilaian impak alam sekitar yang diberikan pada 2019 susulan rayuan yang difailkan kumpulan nelayan.



Bagaimanapun, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerja tambakan untuk projek itu dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, selepas mendapat kelulusan pengawal selia alam sekitar. FMT

Henti projek tambak laut Pulau Pinang – G25

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta



Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker