Dira tanding Ketua Puteri
Dira tanding Ketua Puteri
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau dikenali sebagai Dira mengesahkan akan bertanding sebagai calon Ketua Puteri, Mac ini.
Beliau yang ditemui selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, borang pencalonannya akan dihantar esok.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rim itu memaklumkan sebelum ini pihaknya banyak mendiamkan diri ketika ditanya mengenai pencalonan berkenaan kerana mahu menyelesaikan perkara itu dengan pihak pengurusan terlebih dahulu.
“Saya sudah memaklumkan hasrat bertanding ini kepada Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan, Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) serta Pengerusi Perhubungan Negeri (Datuk Seri Ab Rauf Yusoh).
“Alhamulillah, pemakluman kepada pihak pengurusan sudah selesai dan berjalan dengan lancar.
“Jadi, saya hanya nak maklumkan. Dengan semangat demokrasi dalam parti ini, saya Dira Abu Zahar tawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua Puteri UMNO,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Ketika ditanya berapa jumlah sebenar pencalonan bagi merebut jawatan itu, Dira berkata, pihaknya tidak mengetahui secara lanjut.
“Tetapi mengikut makluman oleh Presiden tadi, beliau kata ada empat calon tetapi saya tidak pasti jumlah itu sudah termasuk saya atau belum,” katanya.
Dira berkata, sesiapa sahaja yang menawarkan diri untuk bertanding dalam prmilihan parti itu mestilah mempunyai nilai tambah dan mampu membawa parti berkenaan jauh lebih baik.
“Pemilihan ini bukan alasan untuk pastikan perubahan atau nak cari pemimpin baharu sahaja. Tetapi, mereka yang bakal tawarkan diri ini mestilah mampu membawa parti ini ke tahap yang lebih baik,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan, Zahida tidak mempertahan jawatan kerana beliau sudah melepasi had usia ditetapkan.
Beberapa nama sudah menyatakan hasrat bertanding jawatan itu, antaranya Penolong Setiausaha Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan; EXCO Puteri UMNO, Fadhwa Anuar dan Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Dr Maslina Harun. BH
Dira tanding Ketua Puteri
Baca Artikel Menarik:
- Rakyat kini label Dewan Rakyat macam zoo
- Tukar nama Jalan Temiang kepada nama pengasas DAP, apa jasa pada negeri?
- Mati selepas selamatkan penalti
- Unit Petronas di Luxembourg dirampas lagi
- Ringgit, Bursa terus goyah
- Muhyiddin lupa pernah minta darurat untuk bertahan lama
- Personaliti TV rebut jawatan exco Wanita Umno
- Lelaki pijak, lompat atas kereta McLaren ditahan
- Isteri mengandungi saman suami sebar HIV selepas curang
- Emma Maembong ‘prank’ suami sampai menitis air mata
- Jangan meroyan Anju, banyak beribadat – Datuk Khazrul
- Hairul tarik diri berlakon filem The Original Gangster, ligamen lutut terputus
- Pathaan pecah panggung, memang puas hati
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta
Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga