Zahid jamin selesai segera pemberian wang ihsan banjir

Zahid jamin selesai segera pemberian wang ihsan banjir

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan memantau dan menyelesaikan segera isu pemberian wang ihsan yang didakwa masih belum sampai kepada mangsa banjir di beberapa kawasan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara turut memberi jaminan penyaluran bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir dilaksanakan secara adil tanpa mengira jalur politik.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu menegaskan sudah mengeluarkan arahan berhubung penyelarasan pemberian bantuan wang ihsan berkenaan dan menyatakan komitmen bagi memastikan mangsa banjir menerima bantuan sebelum pulang ke rumah masing-masing.

“Berhubung wang ihsan, saya akan pantau sebab janji kita ialah mangsa banjir harus dapat sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing.

“Penyelarasan sudah dilakukan dengan pihak jawatankuasa bencana peringkat daerah. Mungkin belum dapat peruntukan, tapi saya akan pantau.

“Arahan sudah dikeluarkan kerana kita sudah pun mengenal pasti keluarga dan kawasan yang kerap dilanda banjir, jadi peruntukkan sudah ditempatkan untuk mereka,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang bertanyakan mengenai bantuan wang ihsan RM1,000 yang masih belum sampai kepada mangsa banjir di kawasannya. BH

Zahid jamin selesai segera pemberian wang ihsan banjir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker