Pesawat United Airlines hampir terhempas pantai di Maui Hawaii

Sebuah pesawat penumpang hampir terhempas ke lautan selepas menjunam lebih 400 meter (m) dalam masa 18 saat sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Kahului, lapor akhbar The Sun

Ketika kejadian, pesawat United Airlines jenis Boeing 777-200 itu berada dalam jarak 243.84 m dari Lautan Pasifik ketika ia menjunam dari langit di pantai Maui, Hawaii dalam penerbangannya ke San Francisco.

Insiden yang berlaku pada 18 Disember tahun lalu itu tidak pernah dilaporkan sebelum ini sekali gus meningkatkan lagi kebimbangan mengenai isu keselamatan dan operasi utama yang berlaku dalam penerbangan



Penerbangan United Airlines UA1722 berlepas dari Lapangan Terbang Kahului, Maui ketika cuaca ribut dan terbang naik ke ketinggian 670.56 m sebelum ia mula turun dengan pantas.

Penerbangan itu menjunam jatuh ke ketinggian hanya 236.22 m dan menyebabkannya berada hampir dengan lautan sebelum ia cepat pulih dan terus terbang tinggi sehingga 10,058 m, lapor The Air Current.

Keseluruhan kejadian itu berlangsung selama 45 saat dan para penumpang terpaksa menahan daya pesawat yang turun pada kelajuan 2,621 seminit. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai



Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker