Perebutan ketua Puteri UMNO mungkin 7 penjuru
Perebutan ketua Puteri UMNO mungkin 7 penjuru
Exco Puteri UMNO, Fadhwa Anuar meramalkan pertandingan jawatan Ketua Puteri dalam sesi pemilihan parti kali ini sekurang-kurangnya membabitkan tujuh penjuru.
Beliau yang turut menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan menyifatkan, pertandingan banyak penjuru itu adalah satu perkembangan positif.
“Ini adalah satu persaingan sangat sihat yang menunjukkan bahawa di saat ramai orang mendakwa UMNO sudah hampir mati (dan) lumpuh, tetapi dalam agenda pemilihan, ramai yang ingin menawarkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Selain Fadhwa, beberapa nama lain yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan berkenaan adalah Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai, Dr Masliha Harun; Setiausaha Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar.
Mengulas lanjut, Fadhwa juga melihat mereka yang menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan mempunyai kekuatan tersendiri.
“Masing-masing ada kekuatan dan kita yakin kebaikan itu bukan untuk kita tetapi ahli Puteri secara keseluruhannya,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menggariskan beberapa perkara yang mahu ditawarkan olehnya kepada Puteri UMNO.
Antara yang ditawarkan olehnya adalah bagi membawa sayap parti itu menjadi lebih moden dan sesuai dengan politik global.
“Puteri harus mengukuhkan asas untuk organisasi parti itu sendiri. Bermakna Puteri harus faham peranannya, kena faham fungsinya.
“Kalau Puteri tidak berfungsi dengan baik, maka parti juga tidak dapat berfungsi dengan baik. Kita tidak pernah terpisah antara satu sayap dengan induk parti,” ujarnya.
Selain itu, beliau juga mahu agar Puteri UMNO menjadi serba boleh membabitkan setiap perkara.
“Kalau kita bercakap tentang sukan, kita tahu. Bila bercakap tentang pendidikan, kita tahu. Bila bercakap isu kesihatan, kita juga tahu.
“Bermakna kita bukan hanya berpolitik semata-mata tetapi kita memberikan buah fikiran dan sudut pandang kita untuk pelbagai aspek dalam negara untuk kesejahteraan rakyat,” jelasnya.
Perkara lain yang ditawarkan katanya, adalah memperkukuhkan etika parti dari sudut diplomasi, integriti, amanah dan tanggungjawab.
“Ini semua perlu Puteri faham dan dilaksanakan. Inilah bagi saya tiang-tiang seri untuk memperkukuhkan Puteri pada masa akan datang,” tegasnya. FMT
Perebutan ketua Puteri UMNO mungkin 7 penjuru
Baca Artikel Menarik:
- Rakyat kini label Dewan Rakyat macam zoo
- Tukar nama Jalan Temiang kepada nama pengasas DAP, apa jasa pada negeri?
- Mati selepas selamatkan penalti
- Unit Petronas di Luxembourg dirampas lagi
- Ringgit, Bursa terus goyah
- Muhyiddin lupa pernah minta darurat untuk bertahan lama
- Personaliti TV rebut jawatan exco Wanita Umno
- Lelaki pijak, lompat atas kereta McLaren ditahan
- Isteri mengandungi saman suami sebar HIV selepas curang
- Emma Maembong ‘prank’ suami sampai menitis air mata
- Jangan meroyan Anju, banyak beribadat – Datuk Khazrul
- Hairul tarik diri berlakon filem The Original Gangster, ligamen lutut terputus
- Pathaan pecah panggung, memang puas hati
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga