MySejahtera diserang 1.12 juta kali

MySejahtera diserang 1.12 juta kali

Semakan audit yang dijalankan terhadap Pengurusan Pendaftaran Penerima Vaksin Covid-19 dan aplikasi MySejahtera mendapati wujud 1.12 juta kali serangan untuk memecah masuk ke aplikasi berkenaan.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, menerusi minit Mesyuarat Keselamatan MySejahtera Bilangan 1 Tahun 2022 yang dirujuk Jabatan Audit Negara mendapati cubaan itu menggunakan alamat IP 167.XX.XX.122.



Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 Tahun 2021, Nik Azman menjelaskan, cubaan itu dikesan berlaku bermula 27 Oktober 2021.

“Satu akaun ‘Super Admin’ telah memuat turun tiga juta maklumat penerima vaksin daripada aplikasi MySejahtera dengan menggunakan pelbagai IP.

“Semakan audit mendapati syarikat dengan pembangunan aplikasi itu mengambil tindakan menyahaktif (take down) IP itu bagi memastikan keselamatan aplikasi berkenaan,” katanya ketika sesi taklimat kepada media mengenai Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 Tahun 2021 Siri 2 pada Khamis. Sinar

MySejahtera diserang 1.12 juta kali



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis



Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker