Mahkamah: Lelaki skodeng wanita mandi di Sri Permaisuri kena RM4,500

Tangkap layar video lelaki tersebut ketika menghendap yang tular di media sosial, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang penghantar makanan yang mengambil gambar dan video seorang wanita sedang mandi di sebuah pangsapuri bulan lalu, membawa padah apabila dia didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Mohd. Khalis Rusli, 32, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, tertuduh boleh dipenjara empat bulan dan tertuduh membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa telah mengaibkan kehormatan seseorang wanita berusia 28 tahun, dengan cara mengambil gambar dan video mangsa sedang mandi melalui telefon bimbit jenis Iphone X di sebuah unit pangsapuri di Jalan Tasik Permaisuri, di sini pada pukul 3 pagi pada 13 Januari lalu.



Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya.

Terdahulu semasa prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu agar dikenakan hukuman denda pada kadar rendah kerana baharu sahaja mendapat kerja awal bulan ini, selain perlu menanggung ibu bapa dan adik-beradik

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aisyah Mohamed Zanyuin mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana tindakannya telah mengaibkan mangsa dengan mengambil gambar yang tidak senonoh

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis



Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker