Injil Ibrani tertua hampir lengkap akan dilelong

 

Gambar menunjukkan manuskrip Codex Sassoon. – Foto New York Times

NEW YORK – Sebuah kitab Injil Ibrani (Taurat) berusia lebih 1,000  tahun akan dilelong di New York dengan harga anggaran mencecah AS$50 juta (RM220 juta), kata firma lelongan Sotheby’s semalam.

Injil dinamakan Codex Sassoon itu berasal  dari lewat kurun ke-9 dan awal kurun ke-10 dan merupakan Injil Ibrani paling lengkap pernah ditemui.

Ia bakal menjadi dokumen atau manuskrip bersejarah paling mahal pernah dilelong apabila Sotheby’s melelongnya pada Mei ini.



“Ia tanpa diragu adalah salah satu teks tunggal paling penting dalam sejarah manusia,” kata ketua buku dan manuskrip global Sotheby’s, Richard Austin.

Codex Sassoon merupakan salah satu daripada dua manuskrip mengandungi kesemua 24 buku Injil Ibrani yang masih ada di zaman moden.

Ia lebih lengkap berbanding Aleppo Codex dan manuskrip lebih tua, Leningrad Codex iaitu dua Injil Ibrani awal lain yang terkenal, kata  Sotheby’s.

Manuskrip itu sebagai jambatan antara Skrol Laut Mati yang berusia seawal kurun ketiga sebelum masihi dan Injil Ibrani yang diguna pakai pada hari ini. – AFP



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta



Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker