Puteri Sarah dibenar mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Ira Kazar
Puteri Sarah dibenar mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Ira Kazar
Isteri kedua pengarah filem Syamsul Yusof, Ira Kazar bersama-sama bapa dan kakaknya perlu menjawab kepada Mahkamah Sesyen berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu.
Ia susulan keputusan mahkamah hari ini yang membenarkan permohonan pelakon Puteri Sarah (isteri pertama) untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, kakaknya Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi.
Perintah injuksi diperoleh Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pada 4 Julai tahun lalu antara lainnya menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya.
Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya (Puteri Sarah).
Perintah injunksi itu adalah susulan daripada tuntutan saman difailkan Puteri Sarah terhadap madunya pada Jun 2022, atas dakwaan mengganggu kedamaian rumah tangganya.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi pemberita, berkata, permohonan anak guamnya dibenarkan oleh Hakim Norakhmar Mohd Sani dalam prosiding yang dijalankan secara dalam talian dengan dihadiri peguam Puteri Sarah, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff.
Susulan kebenaran itu, Akberdin menjelaskan, pihaknya perlu menyerahkan sesalinan permohonan komital berkenaan kepada Ira, Kazar dan Yasmin.
“Selepas penyampaian permohonan komital disempurnakan, mahkamah akan menetapkan tarikh bagi pihak sana menjawab permohonan kami.
“Setakat ini, mahkamah belum menetapkan tarikh lanjut,” katanya.
Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah dengan alasan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri dengan suaminya kerana tiada persefahaman di antara mereka dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Ibu kepada Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, itu juga menyatakan tekanan dan gangguan daripada pihak ketiga serta hubungan sulit Syamsul turut mendorongnya untuk memfailkan perceraian terbabit.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, Kazar. HM
Puteri Sarah dibenar mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Ira Kazar
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin dakwa rakyat marah dengan tuduhan Anwar, yakin PN ‘tarah’ 6 negeri
- ‘Kera Hulu Langat, Pendang Beruk’ selesai dan berdamai
- MB Johor sahkan tidak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia tetapi hanya ketua bahagian
- Jimat kos jika tempoh haji pendek
- KJ mulakan tugas sebagai DJ di Hot FM, menang ‘selfie’, kalah undi
- Salt Bae janji 5,000 hidangan sehari kepada mangsa gempa bumi
- Anisha Isa-Kalebic – Kekasih Putera Mateen
- Rohingya kembali ‘jajah’ Pasar Borong Selayang, PBT pergi mana? [VIDEO]
- Rider dibantai berjemaah, isteri datang tolong (Video)
- Raysha Rizrose sudah bertunang
- Isteri saman, tuntut cerai suami sembunyikan kemenangan loteri RM6.4 juta
- Ira Kazar dan keluarga berhadapan dengan prosiding hina mahkamah oleh Puteri Sarah
- Tiada pengecualian bayaran balik PTPTN graduan kelas pertama, kata menteri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar