Belon perisik, Jepun tuntut jawapan China

TOKYO – Analisis terbaharu terhadap objek terbang tidak dikenali yang dikesan di ruang udara Jepun jelas menunjukkan ia adalah belon perisik China.

“Belon peninjau tanpa pemandu itu telah dikenal pasti pada November 2019, Jun 2020 dan September 2021. Kami menggesa Beijing supaya mengesahkan fakta insiden dan memastikan keadaan itu tidak lagi berlaku pada masa depan.

“Pelanggaran ruang udara dengan objek terbang seperti itu sememangnya tidak boleh diterima,” menurut Kementerian Pertahanan pada lewat Selasa.



Sementara itu, media tempatan pada Rabu melaporkan pegawai kerajaan sedang mempertimbangkan langkah untuk menembak jatuh mana-mana objek yang mencabuli ruang udara negara tersebut

“Senjata hanya boleh digunakan jika terdapat ancaman yang jelas,” lapor agensi berita Kyodo.

Minggu lalu, Jepun memaklumkan ia sedang menganalisis semula siri insiden melibatkan objek udara yang tidak dikenal pasti selepas belon perisik milik China ditembak jatuh setelah ia memasuki ruang udara Amerika Syarikat (AS) hingga meningkatkan semula ketegangan antara kedua-dua negara. – AFP

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai



Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker