Peluang menang PRN tipis, itu pendapat peribadi Noh, Khairy – Umno Selangor
Peluang menang PRN tipis, itu pendapat peribadi Noh, Khairy – Umno Selangor
Umno Selangor tidak mahu terganggu dengan pandangan dua bekas pemimpinnya, Noh Omar dan Khairy Jamaluddin yang meramalkan peluang parti itu menang pada pilihan raya negeri (PRN) adalah tipis.
Menyifatkannya sebagai pendapat peribadi, Ketuanya Megat Zulkarnain Omardin berpandangan tiada pihak boleh meramalkan secara tepat peluang sesebuah parti kerana setiap pilihan raya mempunyai sentimen dan dinamik berbeza.
Ketua Umno Gombak itu memberi contoh kemampuan Barisan Nasional (BN) menang tujuh pilihan raya kecil (PRK) dan menawan PRN Johor serta Melaka selepas tewas pada PRU14.
“Kemudian PRU15 tak berjaya. Pengundi akan melihat keadaan semasa.
“Jadi tidak siapa boleh memberi bayangan apa akan berlaku pada pilihan raya kerana setiap daripadanya sangat dinamik dan tidak bersifat kekal,” katanya kepada FMT.
Pada 6 Feb lalu, Noh dan Khairy dilaporkan mendakwa peluang Umno menang kerusi pada PRN adalah tipis susulan “gelombang hijau” Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 yang menyaksikan Umno hilang kubu kuatnya di Selangor.
Noh, bekas ketua Umno Selangor dan Khairy yang juga bekas ketua Pemuda Umno dipecat daripada parti pada 27 Jan lalu.
Menurut Megat Zulkarnain, Umno juga akan turun sebagai ‘underdog’ pada PRN Selangor.
Pada PRU14, Umno yang bertanding di bawah tiket BN menang empat kerusi iaitu Sungai Tawar (Rizam Ismail), Sungai Burong (Mohd Shamsudin Lias), Hulu Bernam (Rosni Sohar), dan Sungai Panjang (Mohd Imran Tamrin).
BN kemudian menambah satu lagi kerusi apabila menang PRK Semenyih pada 2 Mac 2019. Calonnya Zakaria Hanafi menewaskan tiga pencabarnya. FMT
Peluang menang PRN tipis, itu pendapat peribadi Noh, Khairy – Umno Selangor
Baca Artikel Menarik:
- Fadhli dan Peja tak sepakat dalam kes penggantungan Hanis
- Khairy minta bantuan ChatGPT cari parti sesuai untuknya
- Adun DAP mahu universiti longgarkan kod berpakaian
- Tak elok bila menang lupa janji, Hassan tegur Anwar
- Doktor disyaki cabul pesakit kanak-kanak ditahan polis
- Tidak perlu lekat ‘road tax’ di cermin untuk kenderaan persendirian
- Dakwaan beri kontrak pada syarikat menantu, Muhyiddin melompat
- Tak perlu bawa lesen memandu secara fizikal
- Bekas Duta sifatkan pelantikan Nazri sebagai Duta AS hasil ‘pertimbangan buruk’ Anwar
- Anak Razman dedah punca ayahnya mohon maaf kepada Anwar
- Anak JJ gagal tuntut saham RM1 bilion
- Zahid jawab rungutan Ismail
- Digital road tax not a smart move
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)
You must be logged in to post a comment.