Imej dron tunjukkan rekahan panjang

Imej dron tunjukkan rekahan panjang

Gaziantep, Turkiye: Rakaman dron di selatan Turkiye menunjukkan rekahan dan retakan merentasi padang, jalan, sungai dan lereng bukit disebabkan oleh gempa bumi besar yang melanda wilayah itu, pada awal minggu lalu.

Kelihatan tanah kosong yang retak dan terbelah disebabkan gempa bumi, pada Isnin lalu, berhampiran bandar Tevekkeli, di wilayah selatan Turkiye, Kahramanmaras.

Apabila gempa itu melanda lebuh raya, ia memecahkan penghadang tar dan besi. Batu-batu besar jatuh ke bawah bukit, di tepi jalan.

Pemandu terpaksa menunggu dan secara bergilir-gilir melalui laluan yang merekah.

Berhampiran perkampungan Tepehan, gaung besar ‘membelah’ hutan berhampiran sebuah rumah menyebabkan tanah coklat kelabu dan pokok tercabut dari akarnya.

Mehmet Temizkan berkata, gegaran itu menyedarkan dia daripada tidur, pada awal pagi Isnin.

“Dengan panik, tiada siapa yang tahu sama ada kami boleh meninggalkan rumah atau sama ada kami boleh bertahan. Kami hilang harapan. Pada waktu pagi, apabila kami melihat apa yang berlaku di sini, kami berkata ini mesti menjadi pusat gempa,” katanya kepada Reuters.

Jumlah kematian gabungan akibat gempa paling dahsyat di wilayah itu dalam dua dekad yang melanda selatan Turkiye dan Syria, kini melebihi 21,000 orang.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran sekurang-kurangnya 870,000 orang memerlukan makanan di seluruh Turkiye dan Syria.

Di Syria sahaja, sehingga 5.3 juta orang mungkin kehilangan tempat tinggal.

Tetapi tugas mencari dan menyelamat diteruskan lebih 100 jam selepas gegaran pertama memusnahkan jalan raya dan ‘meratakan’ ratusan bangunan manakala ribut musim sejuk melanda wilayah itu. HM

Imej dron tunjukkan rekahan panjang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker