Harap Anwar PM terakhir sebelum pulang ke Pahang – Agong

Harap Anwar PM terakhir sebelum pulang ke Pahang – Agong

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri terakhir sebelum pemerintahannya berakhir.

Baginda bertitah, beliau merupakan satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang telah diberi kesihatan untuk memerintah negara dengan empat perdana menteri bersama empat jemaah menteri berlainan.



“Beta berharap perdana menteri yang ke-10 ini adalah yang terakhir sebelum beta berangkat pulang ke Pahang,” titahnya ketika merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.

Sultan Abdullah secara rasmi ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan 2019.

Titah baginda, pada usia negara mencapai 66 tahun, sepatutnya negara lebih matang untuk menjadikan perbezaan dan kemajmukan sebagai rencah utama dalam pembentukan sebuah bangsa Malaysia.

“Jika kepelbagaian, kemajmukan dan kekusutan politik berterusan menjadi punca perbalahan dan perpecahan, beta khuatir suasana damai dan kemajuan didambakan tidak akan menjadi kenyataan buat selama-lamanya,” katanya.



Baginda akan menamatkan pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan 2024. FMT

Harap Anwar PM terakhir sebelum pulang ke Pahang – Agong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar



Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker