Shila terpaksa berdamai dengan takdir

Shila terpaksa berdamai dengan takdir

Shila terpaksa berdamai dengan takdir

STATUS atau hantaran media sosial Shila Amzah, 33, yang agak jarang kelihatan sejak akhir-akhirnya ini menimbulkan tanda tanya ramai.

Ia seolah-olah memberi bayangan kemungkinan penyanyi itu mahu memperlahankan aktiviti seni atau tindakan yang didorong oleh kemelut rumah tangga membabitkan ibu bapanya, Datin Fauziah Sarman dan Datuk ND Lala.



Shila atau Nurshahila Amir Amzah berkata, bagi menghadapi dugaan seperti itu dalam keluarga semua terletak pada diri sendiri.

“Tak kira berapa banyak sokongan yang diterima. Disebabkan perkara ini pernah berlaku kepada diri sendiri, apa yang saya boleh katakan kekuatan itu perlu datang daripada diri sendiri.

“Diri sendiri perlu bersedia menerimanya. Kita boleh usaha dan ikhtiar mencari kebahagiaan kita, tapi tiada siapa yang dijanjikan kesempurnaan dan keabadian dalam dunia.


Baca Artikel Menarik:

Filem Mat Kilau cecah RM100j, bonus satu sen pun tak dapat




“Saya reda dan berdamai dengan apa jua keadaan. Berdamai dengan takdir. Sebagai anak sulung sudah tentu sangat kecewa dengan apa yang berlaku.

“Tapi, dalam masa sama, saya tidak akan menyalahkan mana-mana pihak. Ini kerana apabila ia berkaitan dengan perhubungan, maka akan ada dua jalan tengah sama ada untuk berdamai atau sebaliknya. Pilihan di tangan masing-masing,” katanya.

Shila berkata, setiap keputusan dalam dunia ini datang dengan akibat yang turut membabitkan masa mendatang.



“Kita kena menjalani kesan dari apa yang kita putuskan, kena terima dengan hati terbuka. Kerana itu pilihan kita. Sebagai anak sulung sejujurnya saya dah tiada apa-apa rasa.

“Saya dah lali sebab anak sulung adalah anak yang nampak semua benda secara keseluruhan. Jadi, kalau nak cakap terlalu kecewa, saya dah lalui kekecewaan saya dah lama.


Baca Artikel Menarik:

Zahirah Macwilson dikritik bergambar dengan Gal Gadot




“Cuma yang lain-lain baru merasai. Saya dah rasa lama. Jodoh, ajal, maut semuanya bukan abadi. Yang saya minta, doakan kesihatan keluarga saya terutama emak.

“Saya sendiri perlukan doa sebagai tonggak untuk mencari rezeki buat keluarga. Itu saja yang saya rasa boleh menambah baik keadaan,” katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan pemuda bernama Ubai, Shila berkata, ia berjalan dengan baik.

Namun, Shila kecewa dengan warganet yang bersifat sinis mengandaikan dia tidak mempedulikan isu bapanya kerana sedang melalui fasa bahagia.



“Tiada anak yang gila untuk tak berasa kesedihan, tapi dalam masa sama saya ambil inisiatif untuk tidak kata apa-apa di media sosial kerana saya rasa tak layak untuk ulas hal ini.


Baca Artikel Menarik:

Jangan nak buat muka sedih – Isteri Nd Lala



“Ia tak mampu ubah keadaan. Apa juga yang berlaku dalam kalangan ibu bapa, anak-anak yang terkesan. Jangan letakkan tanggungjawab pada anak untuk menyatukan ibu bapa.



“Sebab kalau nakhodanya ibu bapa macam mana anak-anak kapal nak satukan. Kalau mereka tak nak, memang tak nak. Jadi, sebagai anak-anak kita perlu jaga mental sendiri juga supaya jatuh bangun mereka bila sampai masanya memerlukan kita, kita cukup bersedia untuk menyokong mereka,” katanya. HM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah

Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta

View Chin rugi jutaan ringgit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker