Isu jawatan MB, timbalan buat PAS bergolak di Kelantan

PAS Kelantan dilihat bergolak apabila PAS Pusat mengumumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan digugurkan daripada jawatan itu jika parti menang PRN.

Pemerhati politik percaya ia bermula daripada sentimen yang viral di media sosial untuk mengalahkan Mohd Amar di DUN Panchor sejak semalam.

Kemelut itu dikatakan bermula apabila adik Allahyarham Tan Sri Nik Aziz Nik Mat, Nik Din, sebelum ini mengeluarkan rakaman video menyeru pengundi DUN ditandingi Mohd Amar mengalahkannya kerana didakwa menjadi punca anak saudaranya, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, digugurkan daripada menjadi calon di DUN Chempaka pada PRN ini.



Keadaan menjadi semakin panas apabila muncul video di media sosial seperti Tik Tok yang mengajak perantau yang pulang mengundi mengalahkan Mohd Amar.

Rentetan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, hari ini mengumumkan Ahmad dan Mohd Amar masing-masing akan digantikan dengan seorang agamawan dan teknokrat jika parti menang pada pengundian esok.

Malah, turut tersebar di media sosial sejak petang tadi tangkap layar mesej mendakwa Mohd Amar dan Takiyuddin bergaduh susulan isu berkenaan.

Pada masa sama, ada dakwaan mengatakan sebahagian besar penyokong Mohd Amar pula mahu memboikot pengundian esok di Kelantan.



Bagaimanapun, sumber dalaman PAS ketika dihubungi menafikan berlaku pergaduhan di antara Takiyuddin dan Mohd Amar berhubung soal jawatan Menteri Besar.

“Itu mesti dilakukan pihak yang mahu melaga-lagakan Takiyuddin dan Mohd Amar memandangkan esok hari mengundi.

“Mesej WhatsApp yang tersebar itu palsu dan sengaja diwujudkan pihak tertentu. Malah tiada mana-mana penyokong yang mahu memboikot PRN esok,” katanya.

Sementara itu, Mohd Amar ketika ditemui di kediamannya bagi mengulas kenyataan berhubung pengumuman jawatan menteri besar dan timbalannya enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan sebaliknya meminta perkara itu ditanyakan kepada Takiyuddin.



Katanya, fokusnya sekarang adalah untuk menang dan mengekalkan kerajaan Kelantan.

Untuk rekod, Mohd Amar menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar selama dua penggal sejak 2013.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS sering terpalit dengan kontroversi susulan kenyataannya yang menimbulkan kemarahan rakyat terutama berkait isu bekalan air di Kelantan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati



Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal



Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker