Google lancar Bard saingi ChatGPT

Google lancar Bard saingi ChatGPT

Google akan mengembangkan kehadirannya dalam dunia kecerdasan buatan (AI) menerusi teknologi AI perbualan baharu, Bard.

Versi chatbot baharu akan diuji oleh kumpulan pengguna terpilih sebelum ditawarkan secara meluas, menurut United Press International (UPI).



Pengumuman itu dibuat lebih dua bulan selepas pelancaran program AI popular ChatGPT oleh OpenAI.

“Bard berusaha untuk menggabungkan pengetahuan luas dunia dengan model-model berkuasa, kecerdasan dan kreativiti bahasa kami.

“Ia menggunakan maklumat daripada web untuk memberikan respons yang baharu dan berkualiti tinggi,” kata Google.

Perkhidmatan ini akan dikuasakan oleh Model Bahasa Google untuk Aplikasi Dialog, model bahasa yang dilancarkan pada 2021.



ChatGPT mencetuskan kebimbangan dalam industri, membangkitan persoalan mengenai etika, malah pada satu tahap menyebabkan rasa takut terhadap keselamatan pekerjaan.

Menurut laporan UPI, pendidik khususnya bimbang pelajar akan menggunakan chatbot untuk menyelesaikan kerja kelas manakala universiti mempertimbangkan kaedah untuk memastikan integriti institusi masing-masing.

ChatGPT baru-baru ini adalah antara dua program AI untuk lulus Peperiksaan Pelesenan Perubatan Amerika Syarikat (AS), menurut kajian yang diterbitkan oleh medRxiv.

Google menyifatkan Bard sebagai alat yang mengupayakan enjin carian popularnya, membantu pengguna mencari jawapan dan penjelasan dalam format soalan dan respons.



Ia akan memproses maklumat yang kompleks untuk memudahkan sesiapa sahaja untuk memahaminya.

Sebagai contoh, Bard berupaya menjelaskan penemuan yang dibuat oleh Teleskop Angkasa James Webb NASA kepada seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun.

Apabila Bard dilancarkan, ia akan dimuatkan pada bar carian Google. Catatan blog daripada Google menggambarkan Bard menjawab soalan di bahagian atas hasil carian.

ChatGPT antara perkhidmatan paling popular di Internet selepas dilancarkan pada 30 November.



Wall Street Journal melaporkan nilai OpenAI melonjak melebihi $20 bilion. BH

Google lancar Bard saingi ChatGPT

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad



Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker