Cipta Sejarah: Anwar kembali ke Ibu Pejabat UMNO, ketuai mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan

Selepas 25 tahun dipecat daripada Umno pada 1998, Perdana Menteri Anwar Ibrahim malam ini menjejakkan kaki ke ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Dia tiba pada 7.40 malam bersama beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) lain, sambil diiringi oleh Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) Irmohizam Ibrahim.

Antara pemimpin PH yang turut bersama Anwar ialah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

Anwar yang juga pengerusi PH difahamkan hadir di situ bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang melibatkan wakil-wakil parti kerajaan.

Sekretariat itu ditubuhkan bagi membincangkan perjalanan kerajaan dan langkah ke hadapan, termasuk kerjasama politik serta janji-janji manifesto parti-parti kerajaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker