Suami nikah lagi, isteri jatuh sakit mental

 

Seorang wanita menemui jalan buntu apabila dihalau oleh pemilik rumah sewanya berikutan gagal membayar sewa bulanan.

Lebih malang lagi, wanita itu yang juga merupakan pesakit mental dibiarkan terkontang-kanting bersama tujuh orang anaknya yang berusia 14 tahun hingga 4 tahun selepas suaminya berkahwin lain.

Namun, nasib malang wanita terbabit bersama anak-anaknya mendapat pembelaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Skuad Saidina Umar (SSU) yang segera tampil menghulurkan bantuan selepas mendapat maklumat mengenai nasib mereka.

LZS menerusi perkongsian di Facebooknya berkata, wanita itu juga bergantung dengan ubat-ubatan psikiatri bagi mengawal emosinya menjadi agresif dan tidak terkawal.

“Kejadian yang berlaku menjadikan wanita itu semakin tertekan sehinggakan anak sulungnya berusia 14 tahun juga kini menerima rawatan psikiatri kerana kerap mengamuk serta tidak dapat dikawal seperti mendengar bisikan.

“Anak sulungnya itu kini juga perlu mengambil ubat penenang setiap hari bagi mengawal emosinya,” katanya.

Susulan itu katanya, LZS telah mengambil tindakan segera dengan menyerahkan sumbangan tunai serta bantuan lain akan disusuli selepas ini.

“Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan jiran sekitar juga sangat membantu, sentiasa memastikan keperluan keluarga ini mencukupi dan tidak terputus.

“Hasil perbincangan bersama pemilik rumah berkenaan berjaya dicapai dan bersetuju untuk memberikan sewa selanjutnya untuk wanita ini sekeluarga,” ujarnya.

Katanya, tunggakan sewa rumah sejak Oktober tahun lalu dan bayaran sewa bulanan selepas ini akan diuruskan oleh LZS.

“Kes ini juga akan dipanjangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan menerusi khidmat kaunseling serta akta perlindungan untuk keluarga berkenaan,” tambahnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker