Potong elaun isu utama pemukiman Ahli Parlimen – Ahmad Maslan

Potong elaun isu utama pemukiman Ahli Parlimen – Ahmad Maslan

Pengurangan elaun pembangunan dikurangkan kepada RM1.3 juta, berbanding RM3.8 juta dijangka menjadi isu utama dibangkitkan pada sesi pemukiman Ahli Parlimen kerajaan, pada Ahad.

Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan, berkata seramai 148 Ahli Parlimen blok kerajaan terlibat sesi pemukiman itu, diadakan sehari sebelum sidang Dewan Rakyat, pada Isnin.

“Tunggu jawapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sesi pemukiman yang akan diadakan di Putrajaya.

“Pastinya, soal peruntukan pembangunan akan dibangkitkan sewaktu sesi pemukiman yang dahulunya disebut sebagai sesi taklimat.

“Biasanya sehari sebelum sidang Dewan Rakyat, Ahli Parlimen akan mengadakan pertemuan. Tetapi, kali ini sesinya lebih panjang dan dibuat dalam bentuk pemukiman,” katanya menurut Sinar Harian.

Awal hari ini, Ahli Parlimen Kapit Alexander Nanta Linggi, menyuarakan kebimbangan pengurangan peruntukan pembangunan itu menjejaskan kualiti khidmat dan bantuan kerajaan terutama di kawasan pedalaman.

“Keputusan ini bagaimanapun agak mengejutkan, mengambil kira keperluan penduduk dan kawasan yang pelbagai, terutamanya di kawasan pedalaman kerana kebanyakan kawasan Parlimen dan DUN di Sarawak amat bergantung kepada peruntukan ini,” katanya dalam kenyataan.

Pada Jumaat, Anwar mengesahkan pengurangan elaun pembangunan Ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Anwar berkata, pengurangan elaun itu bertujuan mengawal kewangan negara dan dilaksanakan secara berperingkat.

“Elaun tersebut merupakan peruntukan pembangunan Ahli Parlimen, selaras dengan Pejabat Daerah dan Tanah serta pegawai pembangunan negeri disebabkan kekangan ekonomi,” katanya.

Bagaimanapun, kerajaan mempertimbangkan bagi menyalurkan peruntukan tambahan sekiranya terdapat keperluan mendesak di kawasan Parlimen, seperti membaik pulih infrastruktur di kawasan terlibat. FMT

Potong elaun isu utama pemukiman Ahli Parlimen – Ahmad Maslan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker