100 doktor kontrak tolak tawaran pelantikan tetap

100 doktor kontrak tolak tawaran pelantikan tetap

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seramai 300 pegawai perubatan kontrak telah ditawarkan pelantikan tetap tetapi satu pertiga daripada mereka telah menolaknya.

Ketua Setiausaha KKM Mohd Shafiq Abdullah berkata, 85 orang yang menerima tawaran itu menolaknya manakala 15 orang lagi meletakkan jawatan setelah mendapat tawaran pekerjaan di tempat lain.

“KKM memandang serius perkara ini kerana peluang pelantikan tetap ini tidak sepatutnya dilepaskan ketika doktor kontrak mengemukakan tuntutan kepada kerajaan agar melantik mereka secara tetap.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Dalam hal ini, tawaran pelantikan tetap kali kedua tidak lagi akan ditawarkan kepada pegawai yang menolak tawaran, bagi memberi peluang kepada pegawai lain yang masih menunggu giliran untuk dilantik tetap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, daripada 300 tawaran yang dberikan, 150 pegawai ditawarkan pelantikan tetap di Sabah manakala 150 pegawai lagi ditawarkan pelantikan tetap di Sarawak.

Mohd Shafiq berkata lagi, 100 kekosongan itu akan diisi segera dari kalangan baki calon kohort yang sama (lantikan 15 Mei 2017) setelah mendapat kelulusan pelantikan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak mula meraih perhatian sejak bulan lalu, dengan hartal seluruh negara diadakan pada 26 Julai.

Gerakan itu menggesa penyelesaian dibuat terhadap kelemahan dalam sistem kontrak yang bermula sejak 2016, seperti isu keselamatan pekerjaan dan prospek kerjaya yang tidak menentu. Mk

100 doktor kontrak tolak tawaran pelantikan tetap

Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker