Syamsul suka masakan Ira tapi tetap tambah makan di rumah bekas isteri

Syamsul suka masakan Ira tapi tetap tambah makan di rumah bekas isteri

“Semua dia suka.”

Itu respons isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar apabila terdapat netizen yang mempersoalkan sama ada suaminya menyukai menu pengat pisang yang dimasaknya.



Tanpa perlu berbalah atau membalas komen dengan cara yang sinis, Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazruddin, 28, hanya memberitahu suaminya menyukai semua jenis makanan yang dimasaknya.

“Syamsul suka pengat pisang ke?” soal individu tersebut dalam ruangan komen.

Dalam masa sama, video perkongsian resipi yang dilakukan Ira terus meraih pujian ramai sehingga ada yang memintanya meneruskan aktiviti tersebut.

“Resipi Ira memang mudah untuk diikuti. Harap akan ada lebih banyak video selepas ini.



“Sedap suara Ira, pandai masak pula tu, patutlah Syamsul sayang,” komen netizen.

Hasil tinjauan, rata-rata video resipi yang dimuat Ira dalam TikTok mencecah jutaan tontonan.

Sementara itu, Puteri Sarah sempat berseloroh memberitahu Syamsul pernah singgah makan di rumahnya sampai bertambah dua kali menikmati hidangan tersebut.

Sebab itu la bila dia datang rumah, dia makan sampai dua kali. Eh tercakap pula. Kadang-kadang dia datang nak tengok anak, lepas itu dia makan dua kali. Eh!



Syamsul suka masakan Ira tapi tetap tambah makan di rumah bekas isteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?



PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah



Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker