MyEG akan digantikan dengan NIISe bagi urusan imigresen

MyEG akan digantikan dengan NIISe bagi urusan imigresen

Semua proses dan khidmat imigresen akan kembali diletakkan bawah pengurusan Jabatan Imigresen pada 2025, termasuk urusan dikendalikan pihak ketiga seperti MY E.G. Services Bhd (MyEG).

Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud, berkata langkah itu susulan pelaksanaan Sistem Imigresen Bersepadu Kebangsaan (NIISe), di mana RM900 juta diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Menurut NST, Khairul berkata, NIISe menjadi pemangkin perubahan menambah baik kecekapan jabatan itu termasuk memudahkan pengguna.

“Saya kadang-kadang menerima laporan gangguan teknikal dalam Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs), di mana kita sudah menggunakannya hampir 13 tahun. NIISe akan menggantikan sistem itu dalam tempoh dua tahun.

“NIISe juga akan menggantikan semua transaksi imigresen, termasuk visa, permit kerja dan permohonan serta pembaharuan pasport, selain pemeriksaan di lapangan terbang dan pelabuhan,” katanya.

Pada Julai 2020, Putrajaya memberi lanjutan tiga tahun kepada MyEG menguruskan pembaharuan dalam talian pas lawatan kerja sementara bagi pekerja asing. Kontrak itu dianggarkan bernilai RM208 juta, memetik laporan The Edge Markets.

Khairul berkata, sistem baharu dijangka menamatkan barisan panjang dan tempoh menunggu lama di kaunter imigresen di lapangan terbang kerana urusan dilakukan automatik.

“Contohnya, kita mampu mengurangkan jumlah kaunter manual dari 38 (kini) kepada 15. Lebih ramai pelawat luar juga dibenar menggunakan e-gates.

“Bagaimanapun, sudah pasti kita tidak boleh membenarkan semuanya melalui e-gates kerana faktor keselamatan,” katanya.

NIISe melibatkan pangkalan data bersepadu lebih 20 agensi di negara ini, termasuk polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Khairul berkata, permohonan pasport lebih mudah dengan pangkalan data bersepadu itu memandangkan pihak jabatan secara mudah menentusahkan sebarang maklumat dengan JPN. FMT

MyEG akan digantikan dengan NIISe bagi urusan imigresen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker